Roelant berani turunkan Adrien

Oleh Mirnawan Nawawi 31 July 2019 4296
Roelant berani turunkan Adrien
Kekalahan 1-0 kepada Sepanyol merupakan satu proses pembelajaran terbaik buat skuad hoki negara dalam fasa persediaan ketika ini.

Saya sedar para peminat pastinya mahu melihat kejayaan sama diteruskan seperti Malaysian Tigers menewaskan pasukan No. 7 dunia, Jerman 4-2 pada perlawanan pertama Jelajah Eropah baru-baru ini.

Namun, apa yang saya boleh katakan mengenai kekalahan ini adalah pujian harus diberikan kepada barisan kejurulatihan kerana keberanian mereka mencuba pemain-pemain muda.

Seperti contoh, penjaga gol muda, Adrian Andy Albert diberikan peluang bermain pada suku masa terakhir perlawanan dan berjaya mengawal gawang gol daripada dibolosi.

Adrian langsung tidak bermain sewaktu menentang Jerman.

Satu gol Sepanyol itu dijaringkan oleh Marc Salles pada suku masa kedua permainan menerusi jaringan padang.

Saya diberitahu skuad negara sebenarnya berpeluang memenangi perlawanan itu tetapi disebabkan kegagalan beberapa pemain menyudahkan peluang terhidang.

Saya harap para pemain perlu bangkit mempekemaskan di manakah kesilapan kerana mereka akan bertemu Sepanyol sekali lagi dalam Kejohanan 4 Nation esok.

Selain Sepanyol, Ireland dan England juga bakal menjadi lawan buat skuad negara dalam Kejohanan 4 Nation ini sebelum kembali mengadakan aksi persahabatan menentang Belanda dan Belgium.
 

Tentang Penulis

Tawaran Menarik

Komen