Resmi pemain hebat

Oleh Intan Nor Saina 1 June 2018 22385
Resmi pemain hebat
Penyerang sensasi Liverpool, Mohamed Salah, memberi bayangan dia mungkin akan meninggalkan Anfield pada musim panas nanti apabila dikatakan telah membuat perbincangan bersama agennya tentang hala tuju selepas ini.

Berita ini pastinya akan memberikan tamparan besar buat kem Liverpool yang masih lagi bersedih apabila terlepas peluang untuk mendakap Piala Liga Juara - Juara dari tangan Real Madrid.

Pemain kebangsaan Mesir itu cemerlang di bawah pimpinan Jurgen Klopp musim ini apabila meledak 32 gol dalam perlawanan Liga Inggeris seterusnya dinobatkan sebagai penerima kasut emas bagi musim ini.

Real, United dan City adalah diantara pasukan yang berminat untuk membawa Salah bersama pasukan mereka. Ketika ini Salah dilaporkan berharga sekitar £175 juta dan nilainya itu tampak mampu dibayar sekiranya Salah dilepaskan oleh Liverpool.

City juga dilaporkan telah memberikan dana sebesar 200 juta poundsterling kepada Pep Guardiola untuk memantapkan pasukannya pada musim panas nanti. 

Bagi Mourinho pula dia mengatakan mahu berbelanja besar bagi membolehkannya mendapatkan beberapa bintang terbaik kerana ingin menyaingi City selepas menyaksikan anak buah Pep Guardiola itu menjulang trofi Liga Perdana Inggeris musim ini.

Bagaimanapun Liverpool menegaskan mereka cuba untuk mengekalkan Salah di Anfield dan tidak akan melayan sebarang bidaan daripada seteru mereka.

Ketika ini Salah dilaporkan telah berlepas ke Sepanyol bagi membolehkannya menerima rawatan lanjut kecederaan bahu yang menimpanya ketika perlawanan akhir Liga Juara-juara. Namun begitu tidak dapat dipastikan sama ada Salah akan pulih sepenuhnya untuk aksi Piala Dunia bulan depan.

Tentang Penulis

Tawaran Menarik

Komen