Rangel pulun?

Oleh Fina Nasrom 6 May 2018 18137
Rangel pulun?
Desas-desus kuat bertebaran bahawa bekas penyerang import Selangor, Paolo Rangel, bakal menyarung jersi Lang Merah sebaik perpindahan jendela kedua berlangsung.
 
Hakikatnya ia bukan sekadar khabar angin.
 
Ada perbincangan berlangsung membabitkan pihak Rangel dan juga pengurusan Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) dalam usaha cari kesesuaian membabitkan kedua pihak.
 
Kegagalan Pablo Pallares bawa wataknya selaku penggerak bahagian depan Kedah sejak dari awal musim membuatkan Lang Merah hilang taring dalam saingan 2018, di tambah dengan desakan penyokong yang mahu Pallares digantikan bagi mengembalikan semula keampuhan Kedah.
 
Istilah ‘tak ngam’ membabitkan Pallares dengan barisan import Kedah dalam sesi latihan harĂ­an menguatkan lagi hasrat KFA kembalikan semula harmoni dalam skuad Hijau Kuning itu.
 
Bagaimanapun jika Rangel yang menjadi pilihan utama KFA, beberapa perkara membabitkan urusan wang ringgit perlu dipertimbangkan Kedah.
 
Pertama, sudah pasti urusan tebus kontrak Rangel sendiri yang masih terikat dengan kelab Thailand, Nakhon Ratchasima, sehingga penghujung musim ini.
 
Selain perlu menyelesaikan urusan hitam putih dengan Pallares, bagaimana pula bekas Ketua Jurulatih Kedah Ramon Marcote yang khabarnya masih belum pasti statusnya di kem Kedah.
 
Keberkesanan daripada keputusan KFA selain aliran wang tunai yang bakal berlaku jadi keutamaan pihak pengurusan atau mungkin Kedah ada ‘pelan B’?

Tentang Penulis

Tawaran Menarik

Komen