Pogba tiba untuk latihan tapi menuju keluar  

Oleh Thani Hasbullah 24 February 2018 23872
Pogba tiba untuk latihan tapi menuju keluar  
Manchester United semakin berminat untuk mendapatkan khidmat pemain Ivory Coast, Jean Michael Seri, sekali gus meningkatkan keraguan terhadap status Paul Pogba dalam skuad The Red Devils.
 
United dikhabarkan sedang melanjutkan perbincangan dengan wakil pasukannya, Nice, pada minggu ini, di sebalik dakwaan mengatakan Pogba mungkin bersiap sedia untuk mengakhiri tempoh dua tahun dalam penampilan keduanya di Old Trafford.
 
Pogba hadir menjalani latihan untuk aksi menentang Chelsea dalam Liga Perdana Inggeris, Ahad ini, tetapi menjadi tumpuan media berhubung situasi terbarunya itu.
 
Aksi Pogba tidaklah seperti dijangkakan berdasarkan nilai dibeli United selepas hanya mampu menggegarkan palang gol pada awal musim lalu, malah semakin suram musim ini.
 
Pemain itu dua kali tidak disenaraikan dan turut dua kali dipanggil masuk oleh jurulatihnya, Jose Mourinho, dalam empat perlawanan terakhir -- tanda-tanda bakal menuju jalan keluar.
 
Hubungan Mourinho dan Pogba juga dilaporkan semakin tegang, dengan pemain bernilai £89 juta itu berpontesi besar akan meninggalkan pasukan pada musim panas ini jika kedua-duanya tidak dapat memulihkan ketidaksefahaman mereka.
 
Pogba adalah seorang pemain "box-to-box" kerana memiliki kemahiran dalam bertahan dan menyerang, seperti dijelaskan Mourinho sebelum ini, di mana ia adalah ciri-ciri yang diperlukan sebagai pemain tengah dalam era bola sepak moden.
 
Tetapi selepas kehadiran Alexis Sanchez dari Arsenal bulan lalu, Pogba berhempas-pulas dan dikeluarkan dua kali, iaitu ketika menentang Newcastle and Tottenham.
 
Berbalik kepada Seri. Pemain itu hampir-hampir menyertai Barcelona pada musim panas lalu tetapi perjanjiannya tidak berjaya sementara Paris St Germain (PSG) juga berminat terhadap pemain tengah itu yang dianggap antara yang paling dicari-cari di Eropah.
 
Pemain berusia 26 tahun itu memiliki klausa pelepasan sebanyak £35 juta dalam kontraknya. Dengan masa depan Pogba yang tidak pasti tatkala Michael Carrick dan Marouane Fellaini juga akan meninggalkan pasukan musim panas ini, Mourinho pastinya mahukan Seri bagi memperkuatkan bahagian tengahnya.
 
Manchester City juga sebelum ini menanti-nanti peluang untuk memancing Seri, namun mereka dijangka menyambar pemain tengah Shakhtar Donetsk, Fred. Ia bermakna peneraju Liga Perdana Inggeris itu tidak mungkin membuat dua tawaran pada musim panas ini.

Tentang Penulis

Tawaran Menarik

Komen