Pogba Lagi!

Oleh Dayang Zainatull 21 May 2018 6537
Pogba Lagi!
Andai tumpuan diberikan kepada pemain-pemain The Red Devils, salah seorang yang akan selalu menjadi sasaran peminat-peminat sudah pasti Paul Pogba.
 
Terbaru, sewaktu di temubual media antarabangsa, Pogba tidak menolak kemungkinan beliau bakal meninggalkan United dan berhijrah ke pasukan lain musim hadapan.

Ini berikutan gosip liar yang mengatakan Pogba dan pengurus United, Jose Mourinho, tidak mempunyai hubungan yang baik seperti dahulu.
 
Dalam masa sama, punca keretakan hubungan mereka dikatakan berpunca dari merudumnya prestasi Pogba di atas padang.

Terbaru, Pogba sekali lagi beraksi di bawah prestasi sebenar dalam pertemuan akhir Piala FA menentang Chelsea. Dayang yang mengikuti setiap perlawanan United juga berasakan bahawa prestasi Pogba sedikit menurun.

Di sebalik fesyen rambutnya yang berubah pada setiap perlawanan, prestasinya juga dilihat tidak begitu konsisten. Tidak keterlaluan jika Dayang katakan aksi terbaik Pogba musim ini adalah ketika bertemu Manchester City di mana beliau menjaringkan dua gol, namun selain dari itu, prestasi Pogba dilihat biasa sahaja.
 
United sebelum ini berbelanja mewah dengan membawa masuk Romero Lukaku, Nemanja Matic dan Alexis Sanchez, namun mereka masih tidak mampu menghalang Manchester City yang muncul juara liga musim ini.

Di sebalik senarai pemain bintang di Old Trafford, Dayang berasakan United perlukan seorang atau dua pemain senior yang mampu membimbing pasukan berdasarkan pengalaman yang dimiliki.

Bukan Dayang menidakkan kemampuan pemain muda yang merupakan senior dalam skuad United seperti David De Gea, Eric Baily, Jesse Lingard, Ander Herrera dan Paul Pogba, namun jika dilihat situasi semasa, United perlukan seorang pemain senior yang berkaliber dan boleh membimbing rakan di atas padang.
 
Pogba mungkin merupakan salah seorang pemain tengah terbaik dunia ketika ini, namun harus diingat bahawa bola sepak adalah permainan berpasukan dan kecemerlangan seseorang pemain turut bergantung kepada aksi pemain lain disekelilingnya.

Adakah Pobga tidak mendapat sokongan yang cukup daripada rakan di atas padang ? Atau mungkin jurulatih tidak meletakkannya di posisi yang tepat?

Tentang Penulis

Tawaran Menarik

Komen