Pilihan terhad Dhaarma Raj Abdullah

Oleh Fina Nasrom 20 November 2017 110
Pilihan terhad Dhaarma Raj Abdullah
Kesukaran skuad hoki wanita negara mencari kelainan menerusi muka muka baru saban tahun membuatkan Dhaarma pening.

Justeru bila adanya penganjuran seperti kejohanan Piala Tun Abdul Razak, ia sedikit sebanyak membantu mengurangkan kegusaran pengendali itu memandangkan hoki wanita negara tidak miliki sebarang program pembangunan di peringkat akar umbi.

Namun apa yang diharapkan Dhaarma tidak berlaku dengan mudah, sebaliknya dia terpaksa akur dengan keengganan 8 pasukan yang tidak menghantar wakil dalam saingan Piala Tun Abdul Razak kali ini.

Terkilan dan hampa, dengan apa yang berlaku apatah lagi Dhaarma benar-benar perlukan susunan nama baru untuk diketengahkan menjelang saingan Sukan Komanwel dan Sukan Asia tahun depan.

‘Saya mahu bagi peluang untuk ketengahkan pemain mereka, contohnya pasukan seperti Pulau Pinang dan Negeri Sembilan, mereka miliki barisan pemain muda yang bagus untuk diketengahkan, tetapi tidak mahu menggunakan kesempatan ini.’

Bagaimanapun Timbalan Presiden Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) Dr S. Shamala anggap alasan daripada 8 pasukan yang tidak menghantar wakil sebagai relevan dengan menegaskan majoriti pemain mereka yang terlibat dengan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) jadi penghalang utama untuk Dhaarma kali ini.

‘Yang hadir kali ini kebanyakkan miliki kualiti pemain di tahap senior dan pasukan yang sekadar miliki skuad pemain muda seperti Kelantan, Kedah dan Perlis mungkin tidak melihat ia sebuah pertandingan yang sesuai untuk mereka selain kepentingan utama membabitkan pemain mereka yang berhadapan dengan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM).’

Untuk Dhaarma, mungkin ada cara lain jika benar dia mahukan beberapa muka baru untuk di bawa ke Sukan Komanwel yang dianggap sebagai pendedahan terbaik sebelum cabaran sebenar menanti di Sukan Asia Ogos depan.

Tentang Penulis

Tawaran Menarik

Komen