Perlu kekuatan mental dan sikap yang betul

Oleh Yeoh Li Ying 3 December 2016 133
 Perlu kekuatan mental dan sikap yang betul
Teruja setiap kali saya bertemu dengan mereka yang begitu mencintai sukan di Malaysia.

Baru-baru ini saya berjumpa kembali dengan seorang pelatih yang bertanggungjawab dalam mengendalikan bengkel motivasi ketika Astro melancarkan kempen Go Beyond pada tahun 2012. Empat tahun sudah berlalu dan kini beliau sudah merealisasikan impian bergelar seorang pakar psikologi. Walaupun perjalanan masih jauh namun anak jati Malaysia bernama Shafizal Shahidan atau cukup mesra disapa Fizal sudah menempa nama bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di negara jiran, Indonesia. 
 
Minat saya terhadap sukan mendorong saya untuk terus bertanya kepada Fizal apakah kekurangan dalam diri atlit negara kita berbanding atlit luar negara. Fizal dengan tenang dan tangkas menjawab “It’s the mental toughness and attitude.” These two are what differentiate us from the elite athletes around the world!

Memang benar dan realitinya kita tahu atlit kita sebenarnya berdaya saing dan mampu mencabar atlit terhebat di dunia. Namun kita seringkali dihampakan di saat kita mampu raih kejuaraan. Pemisahnya cukup ketara, mental kita masih belum cukup kuat! 

Fizal kini menjurus ke arah psikologi sukan. Teruja mengetahuinya kerana dalam banyak cabang bidang psikologi beliau memilih untuk berkecimpung dalam sukan. Mudah sahaja jawapan Fizal kenapa beliau memilih psikologi sukan. Ini kerana tiga anak saudaranya yang kini berusia 8-12 tahun giat berkecimpung dalam sukan badminton.
 
Di usia muda inilah mereka memerlukan bimbingan yang betul terutama sekali dalam bidang psikologi. Apa yang Fizal lakukan adalah memberi sokongan moral selain persediaan mental. Cukup mencabar kerana mereka bukan sahaja terpaksa membahagikan masa kepada sukan malah juga kepada pelajaran. Baru-baru ini, anak saudaranya berjaya raih kejuaraan dalam kejohanan peringkat umur yang dianjurkan bersama Kementerian Belia & Sukan (KBS) serta Nusa Mahsuri.
 
Bukan itu sahaja, Fizal turut dipanggil selaku tetamu jemputan dalam seminar kepada jurulatih anjuran KBS di Kota Kinabalu. Ramai lagi bakat seperti Fizal diperlukan sukan negara dalam memantapkan atlit kita daripada segi persediaan mental. Selain latihan dan kekuataan fizikal, persiapan daripada segi psikologi tidak harus diketepikan. 
 
Jujur saya ingin lihat Fizal meraih lebih banyak pengalaman dan terus menabur bakti kepada sukan di negara ini. Mungkin dengan lebih banyak pendedahan kepada Fizal bersama anak-anak muda yang berkecimpung dalam bidang sukan, suatu hari nanti kita mampu melahirkan lebih banyak juara dunia!

Tentang Penulis

Tawaran Menarik

Komen