Perjalanan bisu

Oleh Fina Nasrom 15 August 2019 21692
Perjalanan bisu
Sunyi dan sepi.

Itulah gambaran perjalanan sejam 10 minit dari Stadium Thanh Long ke hotel rasmi penginapan pemain di Bandaraya Ho Chi Minh.

Tiada bual tawa pemain skuad B-18 tahun negara yang sepatutnya gembira meraikan kejayaan melangkah le separuh akhir bertemu Indonesia, Sabtu ini.

Tiada nyanyian beramai-ramai seperti yang sering berlaku dalam tiga perlawanan akhir setelah mencetak kemenangan ke atas Singapura, Kemboja dan Australia.

Ternyata kekalahan 1-0 ke atas Thailand hari ini benar-benar menyentak hati dan emosi pemain.

Lebih pedih hakikat yang terpaksa diterima Malaysia layak atas faktor nasib apabila Vietnam gagal cetak kemenangan ke atas Kemboja.

Aku yakin momen ini akan menjadi kekuatan mereka, berhadapan Indonesia yang juga merupakan seteru utama negara setiap kali melibatkan lapangan sukan.

Pada aku, mudah, kesilapan yang berlaku sudah tidak mampu diubah.

Apa yang boleh mereka buat untuk menebus kehampaan adalah aksi lebih cemerlang menjelang dua lagi aksi sebelum saingan Piala AFF bawah 18 tahun melabuhkan tirai.

Sayup-sayup kedengaran dendangan lagu Adele - When We Were Young di penghujung perjalanan. 

Sedap juga layan perasaan.

Tentang Penulis

Tawaran Menarik

Komen