Perang jersi sudah bermula!

Oleh Adam Zamri 28 January 2018 1124
Perang jersi sudah bermula!
Musim demam bola sepak adalah ibarat skrip pementasan yang diulang semula musim demi musim, namun peminat tetap menanti dengan penuh debar tanpa sebarang jemu.
 

Daripada kisah si polan mana yang tidak disambung kontrak, si polan mana yang diambil mengisi skuad, siapa pucuk pimpinan serta perihal melibatkan gelangggang, ia adalah gosip-gosip yang kian merancakkan liga bola sepak. Liga mungkin masih tidak sempurna, namun ini tetap liga yang kita puja!
 
Dan seminggu sebelum sepak mula Liga Malaysia, tumpuan kini terarah kepada pakaian yang bakal disarung setiap pemain apabila turun ke padang nanti.
 
Untuk 2018, beberapa pasukan sudah mula melancarkan jersi-jersi yang bakal digunakan mereka untuk musim ini.

Sekadar menyebut beberapa nama pasukan seperti UiTM, PDRM, Selangor, JDT, MIFA, Terengganu, Melaka, Kuala Lumpur dan Kelantan adalah antara yang sudahpun mendedahkan rekaan terbaru jersi yang bakal digunakan.
 
Ada juga pasukan yang membuat promosi tanpa mededahkan rekaan terbaru seperti pasukan Pahang, namun peminat Tok Gajah masih berebut untuk mendapatkan pesanan awal.
 
Syabas untuk pasukan seperti Perak dan Selangor yang menaruh kepercayaan kepada jenama tempatan, Al Ikhsan sebagai pembekal jersi mereka. Senario yang boleh dianggap pemecah monopoli beberapa jenama antarabangsa dari Thailand, Taiwan dan Amerika Syarikat.
 
Berdasarkan pemerhatian awal juga didapati harga jersi Liga Malaysia untuk musim ini juga adalah daripada harga serendah RM80 hingga mencecah RM200 (baca; jersi original bukan dibeli di pasar malam)
 
Jika diteliti, banyak juga rekaan-rekaan yang menarik untuk saingan liga musim ini, sekaligus merancakkan dan merangsang peminat untuk terus berikan sokongan buat liga tempatan. Jadi pada pendapat anda, jersi mana yang paling lawa untuk musim ini? 
 

Tentang Penulis

Tawaran Menarik

Komen