Perancis Tanpa Pogba

Oleh Burn Thevandran 5 October 2019 175
Perancis Tanpa Pogba
Ketua jurulatih Perancis, Didier Deschamps, kembali menyenaraikan beberapa pemain utama dalam skuad Perancis menjelang Kelayakan Euro 2020 menentang Turki dan Iceland selepas terlepas menggunakan khidmat mereka dalam perlawanan terdahulu.
 
Pemain utama seperti N’golo Kante dan Kylian Mbappe yang terlepas aksi bersama Perancis akibat kecederaan kembali mendapat tempat dalam skuad Le Blues. Kante yang sebelum ini cedera agak teruk dan Mbappe yang mengalami masalah kecederaan paha terlepas pertemuan menentang Andorra dan Albania.

 
Kembalinya pemain berpengaruh seperti Kante dan Mbappe tentunya melegakan Deschamps yang terpaksa melupakan khidmat perancang tengah, Paul Pogba. Pogba terpaksa diketepikan selepas mengalami kecederaan di bahagian kaki yang menyaksikan bintang muda itu turut tidak mendapat tempat dalam kesebelasan utama skuad Manchester United.

Ketiadaan Pogba menyaksikan Deschamps mempertaruhkan beberapa pemain di bahagian tengah seperti Blaise Matuidi, Tanguy Ndombele, Moussa Sissoko dan Corentin Tolisso. Namun, sama ada pengganti Pogba mampu memberikan kualiti yang sama atau lebih baik, itu belum dapat dipastikan.

Di bahagian pertahanan, pemain yang dipilih dilihat cukup berkualiti seperti  Lucas Digne, Leo Dubois, Lucas Hernandez, Clement Lenglet, Benjamin Pavard, Aymeric Laporte, Raphael Varane, Kurt Zouma dan kembalinya Presnel Kimpembe dalam skuad Perancis. Ini belum ditambah kekuatan penjaga gol berpengalaman seperti Hugo Lloris dan Alphonse Areola.

Jentera serangan The Blues pula menyaksikan Deschamps masih menaruh harapan kepada pemain sama seperti Wissam Ben Yedder, Kingsley Coman, Olivier Giroud, Antoine Griezmann selain Thomas Lemar dan Mbappe.

Pertemuan menentang Iceland juga perlu diakhiri dengan kemenangan kerana mereka hanya dibezakan tiga mata.

Tentang Penulis

Tawaran Menarik

Komen