Penyokong kata blah! Tapi Arsenal nak simpan lagi

Oleh Akbar Sahari 16 February 2017 152
Penyokong kata blah! Tapi Arsenal nak simpan lagi
Sampai bila nak simpan ? Hujung tahun baru boleh tau. Menurut laporan BBC Sport yang dikeluarkan 15 jam selepas tragedi mengguris hati jutaan penyokong Arsenal di seluruh dunia menyebut - " Masa depan Arsene Wenger akan diputuskan hujung tahun ini..."

Bermakna dosa Wenger dengan kekalahan memalukan kepada Bayern Munich 1 - 5 dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah hanya akan terhapus dalam tempoh 10 bulan lagi ? Ia seolah membenarkan jurulatih berusia 67 tahun ini melakukan lebih banyak 'dosa', sebelum pergi meninggalkan kelab yang menyara kehidupannya selama 21 tahun ini.

Bekas pertahanan Arsenal bertaraf legenda Martin Keown secara terang mengakui Wenger perlu menanggung rasa malu. " Maruah kini di tahap paling rendah dalam sejarah, Bukankah kita sedang dibuli ?" sinis ungkapan Keown dalam temubual bersama rangkaian televisyen BT Sport.

"Sudah tiba masanya dia berundur " reaksi seorang lagi bekas pertahanan The Gunners, Lee Dixon dalam temubual bersama ITV. Tetapi sekeras mana pun kritikan, dan sepedas mana pun cili disumbat - Arsene Wenger tetap akan disimpan. Bahkan dilaporkan kertas cadangan dan tawaran lanjutan kontrak buat jurulatih berstatus duda ini masih berada di atas meja rundingan.

Tetapi isyarat paling jelas adalah menerusi suara penyokong. Laporan media berpengaruh di United Kingdom, The Sun membuat tinjauan tentang reaksi penyokong. Hasilnya amat mengejutkan apabila ribuan pembeli tiket untuk perlawanan kedua menentang Bayern di stadium Emirates pada 8 Mac nanti bertindak menjualnya semula.

Keadaan menjadi semakin teruk sejam selepas perlawanan apabila The Sun melaporkan semakin banyak tiket boleh dibeli sedangkan sehari sebelum aksi di Allianz Arena, semua tiket - Sold Out! 

Buat Wenger - cukuplah, tidak perlu mengejar rekod 27 tahun Sir Alex Ferguson di Old Trafford ! 

Tentang Penulis

Tawaran Menarik

Komen