Pacu laju-laju, kita berdepan realiti

Oleh Intan Nor Saina 22 February 2018 4743
Pacu laju-laju, kita berdepan realiti
Hasrat peminat sukan permotoran untuk menyaksikan rakyat malaysia bersaing di kelas perdana MotoGP akhirnya tercapai apabila secara rasminya diumumkan Hafizh Syahrin, yang lebih dikenali sebagai "ElPescao 55", akan beraksi bersama pasukan Monster Yamaha Tech 3 bersama juara dua kali Moto2, Johann Zarco, untuk musim ini.

Kejayaan yang dicapai ini bakal dicatat sebagai salah satu sejarah industri sukan permotoran negara apabila beliau adalah pelumba negara pertama dan satu-satunya pelumba dari Asia Tenggara yang akan beraksi pada musim 2018.

Sebelum ini, Ketua Pegawai Eksekutif Sepang International Circuit (SIC), Datuk Razlan Razali, telah memberi kenyataan bahawa Hafizh 100 peratus sah akan ke saingan MotoGP walaupun pengurus pasukan tersebut, Herve Poncharal, masih berteka-teki mengenainya.

Menurut Razlan yang menjadi tulang belakang kepada penyertaan Hafizh di MotoGP ,pihak Yamaha serta Ketua Pegawai Eksekutif Dorna, Carmelo Ezpeleta, turut memberikan lampu hijau untuk memilih Hafizh sebagai calon utama menggantikan tempat pelumba asal pasukan tersebut yang mengalami masalah kesihatan, Jonas Folger.

Ketika ujian jentera di Buriram tempoh hari, Hafizh telah menunjukkan peningkatan yang sangat mengagumkan. Walaupun berada di kedudukan terakhir pada hari pertama,masa terpantas beliau hanya ketinggalan 2.368 saat berbanding Cal Crutchlow yang menjadi pendahulu.

Pada hari kedua Hafizh bertambah laju, apabiola berjaya mencatat masa terbaik hampir dua saat lebih laju berbanding hari pertama dan pada hari terakhir ujian pula beliau mencatat perbezaan 1.756 saat dengan pendahulu di tempat pertama iaitu Dani Pedrosa dan lebih menarik, catatannya juga lebih pantas dari pelumba berpengalaman, Jorge Lorenzo, yang membawa jentera Ducati.

Pada saingan musim ini, Hafizh akan menggunakan jentera Yamaha YZT-M1 dan beliau amat berterima kasih kepada pasukannya yang telah bertukus lumus membantu beliau bagi mengendalikan jentera yang lebih berkuasa serta berteknologi.

Ini bermakna, sudah pastinya perlumbaan pada musim ini akan bertambah menarik apabila kesemua tiga kategori mempunyai wakil dari negara dengan Adam Norrodin akan beraksi dalam kategori Moto3 manakala Khairul Idham Pawi dan Zulfahmi Khairuddin akan beraksi dalam Moto2.

Tentang Penulis

Tawaran Menarik

Komen