Ole Ole Piala Dunia 2022

Oleh Bazly Azmi 17 May 2018 18481
Ole Ole Piala Dunia 2022
Tahniah Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) berani melangkah ke depan untuk jadi tuan rumah Piala Dunia 2022.

Bukan semua negara Asia yang berani ambil risiko ini sejak Piala Dunia dianjurkan buat kali pertama pada 1971.

Setakat ini hanya India, Pakistan dan Malaysia pernah jadi tuan rumah sekaligus kemeriahan yang dinantikan peminat hoki seluruh dunia setiap empat tahun sekali.

Penganjuran Piala Dunia Hoki tidak semahal bola sepak dimana tuan rumah Piala Dunia 2014, Brazil membelanjakan hampir RM26 bilion. 


Tuan rumah Piala Dunia Hoki 2014, Belanda tidak mendedahkan kos keseluruhan namun ia langsung tidak dibincangkan di media cetak, elektronik atau sosial.

Jadi secara keseluruhan, kos sepatutnya tidak jadi masalah untuk tuan rumah Piala Dunia Hoki.

Berbalik kepada Malaysia, jika Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH) meluluskan permohonan jadi tuan rumah 2022 maka ia akan mencatat sejarah baru untuk skuad wanita.

Malaysian Tigress tidak pernah menjejak kaki di Piala Dunia.



Jadi, ini peluang keemasan untuk skuad kendalian Muhammad Dhaarma Raj Abdullah cipta sejarah sekali gus berdepan gergasi dunia.

Malah, Dhaarma berpeluang jadi jurulatih pertama Malaysia membawa pasukan lelaki dan wanita ke Piala Dunia selepas The Malaysian Hockey Tigers raih tangga ke-12 di The Hague 2014.

"Delegasi FIH mengadakan lawatan di Bukit Jalil dan mereka kagum dengan stadium kita. Mereka menawarkan peluang jadi penganjur Hoki Siri Final, tapi saya sudah memikirkan mengenai peluang jadi tuan rumah 2022.

"Kami akan membincangkan perkara ini dalam Mesyuarat Lembaga Eksekutif KHM (2 Jun) nanti," kata Presiden KHM, Datuk Seri Subahan Kamal.

Jadi peminat hoki Malaysia bersiap-sedia, kita akan membida hak penganjuran Piala Dunia 2022.

Bukit Jalil akan bergema dengan sorakan peminat hoki seluruh dunia. Semoga impian jadi kenyataan.

Ole Ole Piala Dunia! 

Tentang Penulis

Tawaran Menarik

Komen