NFDP Cougars dan NFDP Panthers ke final Supermokh B12

Oleh Hasnizam Uzir 21 December 2019 1211
NFDP Cougars dan NFDP Panthers ke final Supermokh B12
Kejayaan dua pasukan NFDP Malaysia bawah 12 tahun, iaitu Cougars dan Panthers, ke perlawanan akhir Kejohanan Supermokh ‘Asean Series’ 2019 di Gambang, Pahang mengukir satu kegembiraan kepada pengurusan NFDP. 

Dengan keyakinan diri begitu tinggi serta teknik kawalan bola yang baik selain bermain mengikut falsafah yang diterapkan oleh NFDP dengan bermain secara berperingakat-peringkat dengan hantaran-hantaran pendek dan tekanan awal yang dipraktikan oleh jurulatih-jurulatih di Akademi Tunas, sudah menunjukkan hasilnya.

Dengan pengalaman yang mereka lalui di Kejohanan Supermokh ini, ia menambahkan lagi keyakinan diri mereka untuk terus berjaya di kemudian hari dan pengalaman ini juga amat berharga kepada mereka kerana berjaya memberi saingan kepada akademi-akademi terbaik di Asia Tenggara seperti Buriram United dan PVF Vietnam.

Ini baru permulaan untuk mereka, namun yang lebih manis, anak-anak muda ini telah layak ke pentas akhir satu kejohanan bertaraf antarabangsa dan sudah pastilah pertembungan sesama sendiri akan dapat menilai sejauh mana karektor mereka di atas padang nanti.

Dengan dibarisi pemain-pemain terbaik dan sedikit pengalaman di peringkat antarabangsa dari kedua-dua pasukan ini, di mana ada diantara pemain-pemain NFDP Cougars dan NFDP Panthers telah bersama skuad bawah 12 negara dalam Kejohanan Soong Ching Ling di China seperti Muhammad Aisy AlHakim (Panthers), Muhammad Putera Haikal (Cougars) dan beberapa orang lagi.

Sudah pastilah perlawanan akhir ini akan menjadi lebih menarik kerana mereka ingin membuktikan siapa yang lebih baik dari segi kerjasama berpasukan kerana mereka ini hanya disatukan dalam masa seminggu sebelum kejohanan. 

Sama-sama kita memberi sokongan moral kepada anak-anak Cougars dan Panthers kerana mereka ini masa depan bola sepak negara.

Tentang Penulis

Tawaran Menarik

Komen