NFDP ada hak

Oleh Hasnizam Uzir 25 December 2019 32
NFDP ada hak
Selepas Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Ahmad Shapawi Ismail, mengeluarkan kenyataan yang setiap pelatih Akademi Mokhtar Dahari (AMD) akan diletakan tanda harga bagi tujuan pembangunan berterusan dapat dilakukan oleh kerajaan untuk melahirkan pemain-pemain berbakat serta kualiti tinggi di Malaysia secara berterusan melalui Program Pembangunan Bolasepak Negara (NFDP) dan konsisten sekiranya graduan AMD ini ingin dilamar oleh persatuan atau mana-mana kelab di Malaysia atau luar negara.

Namun ia dipandang sinis oleh sesetengah orang-orang yang terlibat secara langsung dalam industri bola sepak negara ini. Mereka mengambarkan bahawa ia tidak masuk akal dan akan merugikan graduan itu nanti. Bagi pandangan penulis apa yang dinyatakan oleh Datuk Shapawi itu ada asasnya kerana apa yang kita lihat ketika ini hanya melalui program-program yang dilakukan MSN mampu melahirkan pemain-pemain berkualiti sebagaimana program Harimau Muda sebelum ini dan kebanyakan mereka sudah mengharumkan nama negara diperingkat antarabangsa dan masih berkhidmat untuk Malaysia sehingga kini.

Inilah inisiatif terbaik dilakukan MSN semenjak dulu lagi dimana membantu Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dalam memajukan sukan bola sepak negara. Sekiranya mengharapkan persatuan-persatuan bola sepak di Malaysia tidak tahulah kemana arah tuju bola sepak negara ketika ini.Apakah persatuan negeri sanggup mengeluarkan dana sendiri untuk membina akademi bola sepak mereka sebagaimana peruntukan yang dikeluarkan MSN?. Sedangkan peruntukan persatuan bola sepak negeri juga disokong oleh kerajaan melaui agensi-agensi kerajaan untuk menanggung perbelanjaan persatuan setiap tahun.

Tetapi yang paling penting bagi penulis, MSN dapat melindungi aset-aset negara ini dari dimanipulasi oleh orang-orang tertentu untuk mengambil kesempatan membuat keuntungan dari Program Pembangunan Bolasepak Negara (NFDP) ini.

Tentang Penulis

Tawaran Menarik

Komen