Menuai ubi pada musim sejuk 

Oleh Shaiful Shamsudin 1 April 2018 5146
Menuai ubi pada musim sejuk 
Ketika Philippe Coutinho melengkapkan perpindahan bernilai RM770.2 juta ke Barcelona, tidak ramai yang menduga ia berlaku pada pertengahan musim memandangkan pemain Brazil itu sudah diturunkan Liverpool dalam Liga Juara-Juara.

Dalam konteks Liga Juara-Juara, Countinho tidak dibenar didaftarkan Barca pada musim ini berikutan
The Reds lebih awal mendaftarkannya. 

Sehubungan itu, ramai beranggapan atas faktor itu, Barca sanggup menanti pada penghujung musim ini
untuk melancarkan bidaan baru. 

Sebaliknya, kelab Catalan itu mempunyai perancangan berbeza apabila mengambil risiko berbelanja
besar pada Januari lalu. 

Begitupun, bermula musim depan, landskap pasaran perpindahan pemain di Eropah bakal berubah
susulan tindakan Kesatuan Bolasepak Eropah (UEFA) membenarkan kelab mendaftarkan tiga pemain
baru tanpa sekatan pernah bermain dalam kancah itu dengan kelab berbeza pada musim yang sama,
baik dalam Liga Juara-Juara mahu pun Liga Europa. 

Tindakan itu mengundang rasa tidak senang kelab, lebih-lebih pasukan kerdil yang baru bertatih kerana
sedar adalah sukar untuk membendung pemain daripada menyertai kelab lebih berprestij.

Langkah UEFA ini dilihat bercanggah dengan beberapa liga Eropah yang berhasrat menjaga aset mereka ketika musim sudah pun bermula. 

Serie A dan Liga Perdana Inggeris (EPL), misalnya, mengorak langkah berani demi menjaga kepentingan kelab apabila bersetuju untuk mempercepatkan tarikh tutup perpindahan pemain. 

Jendela perpindahan musim baru akan tutup pada pertengahan Ogos atau beberapa jam sebelum sepak
mula berbanding lazimnya pada penghujung bulan, iaitu selepas beberapa perlawanan diadakan. 

Penghijrahan Neymar ke Paris Saint-Germain (PSG) manakala Ousmane Dembele adalah contoh terbaik bagaimana pasaran pemain menjejaskan perancangan sepanjang musim. 

Selain itu, beberapa perubahan peraturan juga dilakukan, antaranya: 

1. Setiap pasukan yang gagal melepasi peringkat kelayakan Liga Juara-Juara, akan beraksi dalam Liga
Europa. 

2. Sesetengah perlawanan dilangsungkan lebih awal. 

3. Pengenalan pemain gantian keempat dalam tambahan masa. 

4. Pusingan pertama Liga Juara-Juara diadakan seawal Jun menerusi format kalah mati kejohanan mini
manakala Liga Europa diadakan secara timbal balik. 

5. Penambahan senarai pemain kepada 23 orang di bangku simpanan berbanding 18 dalam perlawanan
akhir.

Tentang Penulis

Tawaran Menarik

Komen