Mencari juara Olimpik (bhg 1)

Oleh Akbar Sahari 30 January 2018 125
Mencari juara Olimpik (bhg 1)
Salah satu tajuk perbincangan dalam rancangan Sidang Sukan episod ketiga ialah Bakat Remaja Berpotensi, Gagal Dikesan yang diusulkan bekas kapten hoki negara, Datuk Mirnawan Nawawi. 

Ia nampak seperti masalah lama, namun hasil daripada debat dan hujah panelis,  nyata masih ada kelompongan yang perlu segera ditampung terutama di peringkat seawal sekolah rendah.  

Peranan ibu bapa dalam mengenal pasti kebolehan luar biasa anak-anak sangat membantu untuk mengangkat mereka ke satu fasa lebih penting - gilap. 

Sementara itu, bagi anak-anak yang tiada bakat luar biasa tetapi memiliki susuk yang tegap atau lasak mahupun tertarik dengan acara sukan di televisyen,  turut ada potensi - belum cuba,  belum tahu. 

Jadi, peluang itu datang daripada pelbagai sudut selagi anak-anak itu masih lagi berada di tahap rebung.  Mereka mudah dilentur dengan dorongan maksimum ibu bapa. 

Pada usia tujuh sehingga sembilan tahun dianggap fasa yang sedikit sukar terutama pada yang tidak memiliki bakat luar biasa tetapi lumrah anak kecil,  aktiviti bersukan lebih menyeronokkan daripada rutin di dalam kelas. 

Ketika ini, peranan guru amat penting bukan sekadar memenuhi tuntutan mata pelajaran Pendidikan Jasmani tetapi mengenal pasti bakat pada mereka andai ibu bapa gagal atau tidak tahu mengesan potensi anak mereka. 

Tetapi dengan satu syarat,  guru terbabit perlulah dilengkapi dengan ilmu dan pengetahuan mengesan bakat dan seterusnya menggilap potensi itu sehingga berjaya. 

Bagaimana untuk melengkapi guru dengan pengetahuan dalam sukan?  Ikuti sambungan artikel saya. 

Wassalam. 
 

Tentang Penulis

Tawaran Menarik

Komen