Menakjubkan adalah Mun Yee

Oleh Shahrazad Sani 25 April 2018 15096
 Menakjubkan adalah Mun Yee

Terkesan dan sebak antara perasaan yang boleh saya gambarkan apabila penerjun ikonik negara, Leong Mun Yee, menawarkan petanda bahawa Temasya Gold Coast 2018 adalah kempen terakhir dia di pentas Sukan Komanwel.

Mana mungkin saya fikir, Mun Yee kelihatan masih muda, malah beraksi di prestasi terbaik ketika bergandingan bersama masa depan sukan terjun Malaysia, Nur Dhabitah Sabri, untuk membawa pulang dua pingat gangsa menerusi 3 meter papan anjal seirama dan 10 meter platform seirama.

Dalam tidak sedar, Gold Coast 2018 merupakan pengembaraan keenam Mun Yee dalam Sukan Komanwel sejak penampilan pertama dia dalam Kuala Lumpur 1998.

Tempoh dua dekad sejak KL 98 itu, skuad terjun sudah melalui pelbagai cerita turun naik sehingga ada yang bergelar juara dunia dalam bentuk Cheong Jun Hoong.

Tetapi pengaruh Mun Yee tidak harus diketepikan untuk menyuntik inspirasi dan mendukung kesinambungan yang diperlukan untuk generasi akan datang.

Ketika saya mengajukan persoalan terhadap kemampuannya dalam Sukan Komanwel Birmingham 2022, Mun Yee terpaksa akur dengan hakikat realiti.

Realitinya empat tahun lagi dia akan menjengah usia 37 tahun dengan Sukan Olimpik Tokyo 2020 lebih realistik buat dia memburu gemilang terakhir.

Siapa sangka perenang bertukar penerjun ini melalui karier yang mengagumkan, menakjubkan itu adalah Mun Yee.
 

Tentang Penulis

Tawaran Menarik

Komen