Memanah hampa, persatuan hampa pun teruk

Oleh Hafizal Hamad 13 August 2016 115
Memanah hampa, persatuan hampa pun teruk

Skuad memanah dipalit dengan aksi cukup mengecewakan dalam penampilan di Sukan Olimpik Rio kali ini. Di saat kegagalan tiga anak muda, Khairul Anuar Mohamad, Haziq Kamarudin dan Akmal Nor Hasin di Rio, suram juga di tanah air dek kelam kabut persatuan yang memayungi mereka.

Gagal tetap gagal. Itu hakikatnya. Lee Jae Hyung selaku jurulatih pasti perlu segera mengambil tanggungjawab atas kekecewaan ini. Itu lumrah. Tapi kita juga perlu mengakui Jae Hyung jugalah yang mengangkat sukan memanah ke tahap yang membolehkan Malaysia berada di Olimpik..

Di Rio dah hampa. Hampa lagi melihat kelaku pihak pengurusan tertinggi memanah Malaysia, yang berdepan pelbagai drama rekaan mereka sendiri untuk tatapan peminat sukan negara.

Apa yang kalut sangat ni? Hal kebajikan Olimpian ni lebih penting atau hal hampa sesama hampa yang lebih diutamakan?

Bergaduh sesama hampa, yang rugi hampa jugak. Jika tidak, salah seorang daripada pegawai tertinggi dapat juga ke Brazil. Sudahnya Jae Hyung la nak merangka strategi, Jae Hyung juga jadi pengurus pasukan.

Sebelum panahan kepada persatuan memanah ni jadi lebih parah, buat semua yang ada dalam persatuan, kesian la pada atlet-atlet yang tak berdosa yang tiba-tiba diambil berlakon dalam drama hampa.

Masa untuk "Wake Up Call" untuk bapa-bapa Robin Hood Malaysia.

Pandangan Ikhlas Pemerhati Sukan Negara.

Ops, lupa, jangan la sampai presiden ajak atlet cari kedai makan di saat kejohanan berlangsung keesokan paginya.

Saya berundur dulu.. Assalamualaikum.

Tentang Penulis

Tawaran Menarik

Komen