Melaka United 'bunuh diri' pada minit ke-60

Oleh 29 April 2018 18128
Melaka United 'bunuh diri' pada minit ke-60
Sejurus melihat pemain gantian Pahang, Faisal Halim, menggelecek lima pemain Melaka United
sebelum memastikan bola bergolek melintasi garisannya golnya, Eduardo Almeida hanya
mampu tertunduk sebelum melucutkan kad akreditasi Liga Bolasepak Malaysia (MFL) daripada
lehernya. 


Reaksi itu menyimpulkan segala kekecewaan terhadap barisan pemainnya dalam aksi Liga
Super di Stadium Darulmakmur, malam tadi.

Jaringan Faisal itu membunuh sisa perjuangan Melaka untuk setidak-tidaknya memungut satu
mata selepas Patrick Cruz terlebih dahulu memecah kebuntuan dalam separuh masa kedua. 

Dua jaringan itu diakui dalam kelas tersendiri hasil daripada gerakan licik Cruz yang melakukan
sepakan gunting manakala gerakan Faisal pula dengan kelincahan membelah pertahanan
lawan. 

Apapun, di sebalik dua gol berkualiti itu, Almeida harus mempersoalkan komitmen barisan
pemainnya. 

Seolah-olah mereka tidak berhajat untuk memburu kemenangan sulung di tempat lawan
musim ini. 

Bahkan sebelum gol sulung permainan dicetak pada minit ke-71, semangat juang Melaka sudah
pun luntur dalam 30 minit terakhir. 

Situasi itu dihidu Tok Gajah untuk memanfaatkan peluang tersebut sekalipun mempertaruhkan
beberapa pemain muda, terutama Mohd Ashar Al Hafiz dan R. Kogileswaran, dalam
kesebelasan utama, kemudian memasukkan R. Dinesh dan Faisal Abdul Halim.

Kedudukan ketujuh Liga Super bukanlah jaminan kepada jawatan Almeida. 

Setahun selepas pelantikannya, prestasi Melaka masih jauh daripada konsisten apabila melakar
empat kemenangan musim ini dengan menumpaskan barisan kurang berpengalaman.

Ini sesuatu yang harus direncanakan Almeida dan jendela perpindahan kedua pada bulan depan
harus digunakan sebaik-baiknya.

Tentang Penulis

Tawaran Menarik

Komen