Media sosial jalan paling pantas selesai kemelut?

Oleh Hafizal Hamad 22 January 2019 753
Media sosial jalan paling pantas selesai kemelut?
Yang mana lebih utama, menyuarakan rasa kecewa secara bersemuka atau cukup sekadar melepaskan segala amarah di media sosial? 

Berat topik saya kemukakan kali ini.Niat hanya satu untuk membawa kita semua pencinta sukan tanahair berfikir dan merenung sejenak apa yang berlaku ketika ini.

Minggu ini saya nak sentuh sikit pasal atlit olahraga negara yang kecoh di media sosial minggu sudah. Tak payah sebut nama satu Malaya dah tahu. 

Isunya mudah sahaja, nak pendekkan cerita, Si atlit ni tak puas hati dengan Kementerian Belia dan Sukan dan juga Majlis Sukan Negara yang tak mahu dengar apa masalah dia. Terus tag nama Menteri, YB Syed Saddiq dan juga beberapa lagi nama termasuk KP MSN iaitu Dato’ Shapawi.

Apa lagi, semua orang menggelupur tegakkan benang yang basah. Atlit kata dia macam kena aniaya sebab nak berlatih tak ada jurulatih, nak berlatih kat luar negara tak ada siapa yang nak layan permintaan dia. Menteri pulak kata dah ambil maklum masalah atlit ni dan akan bincang segera. MSN pulak pantas keluar kenyataan yang mengatakan atlit terbabit tidak kemuka dokumen lengkap berkenaan tuntutan dia dan beberapa lagi sebab yang ada kat siaran media MSN baru-baru ni.

Saya bukan di pihak atlit mahupun di pihak KBS/MSN. Kali ni, saya nak ulas pasal kemelut ni. Bukan nak ulas panjang lebar, lebih kepada nak bagi persoalan supaya semua yang terlibat termasuk yang komen kat Twitter, Instagram dan FB supaya dapat hadam dan pikir.

Kalau kita ditempat atlit ni, apa yang seharusnya dilakukan? Adakah terus serang pihak berkenaan di media sosial atau duduk di meja rundingan, bak kata orang putih, face to face, heart to heart. Tudia…Cuba kaji sikit luahan dia, dia kata apa, MSN kata apa? Wajar ka tindakan atlit ni buat pendedahan tanpa berbincang dengan KOM sebagai badan induk? 

KBS/MSN pulak apakah tindakan selanjutnya? Serang atlit terbabit dan kemuka bukti dan fakta atau lakukan semuanya secara di bawah radar, ataupun buat secara senyap-senyap dengan atlit terbabit?

Orang dah tersepit, macam-macam boleh jadi, terutama yang melibatkan masa depan dan periuk nasi masing-masing, mungkin media sosial jalan terbaik untuk mendapat perhatian on the spot.

Kalau melalui perjumpaan dan perbincangan meja bulat pun tak jalan, nak tunggu bulan jatuh ke riba jugak ka? Saya rasa, kepentingan atlit kebangsaan terutama yang berprestasi tinggi dan atlit kelas A ni kita kena jaga. Alasan kerajaan kekangan kewangan saya rasa macam mana pun kena usaha jugak bagi ada. Rezeki ni Allah bukan nak bagi mudah, kena usaha la sikit. 

Ok, saya rasa tak wajar tulis panjang lebar, marah pulak KBS dan MSN.Kita tunggu saja apa kesudahan Drama ini.

Sekian,TERIMA KASIH, TERIMA KASIH, TERIMA KASIH.

Tentang Penulis

Tawaran Menarik

Komen