Lupakan yang lalu, move on!

Oleh Dayang Zainatull 17 April 2019 943
 Lupakan yang lalu, move on!
Manchester United sudah pun tersingkir dari saingan Liga Juara Juara Eropah selepas tumpas 4 – 0 secara agregat kepada Barcelona. 

Namun, pencapaian mara ke suku akhir  UCL dengan keadaan semasa skuad mereka, di tambah pula persembahan baik selepas memecat Jose Mourinho boleh diterima sebagai sesuatu yang positif. Sebagai seorang peminat The Red Devils, pengendali, Ole Gunnar Solskjaer (OGS), pasti sudah mula memandang ke hadapan dan melupakan kekalahan lepas yang telah berlaku. Antara faktor-faktor yang harus menjadi tumpuan OGS selepas ini :

Menang Baki Perlawanan Liga

The Red Devils mempunyai lima baki perlawanan yang harus disudahkan dengan kemenangan andai mahu berada di kedudukan empat terbaik di liga selain mengharapkan Arsenal keciciran mata. 

Di atas kertas, rekod United tidak begitu baik selepas melantik OGS selaku pengurus tetap apabila hanya mencatatkan dua kemenangan dalam lima perlawanan. Paling mencuri tumpuan adalah apabila United bakal berdepan pasukan Everton, Manchester City dan juga Chelsea dimana ianya akan menjadi penentu kedudukan United di liga. 

Andai menang kesemua, sangat bagus. Andai tewas kesemuanya, maka mungkin benarlah perkiraan Jose Mourinho bahawa United tidak akan mampu mengakhiri kedudukan liga di empat tempat teratas.



Pastikan Pemain Tonggak Kekal

Bukan lagi satu rahsia apabila pemain seperti Marcus Rashford dan Paul Pogba sedang diintai pasukan gergasi Eropah. 

Marcus Rashford dikhabarkan sedang diintai pasukan Barcelona yang mahu menjadikan dirinya penyerang utama di Nou Camp. Sementara itu, Paul Pogba dikhabarkan dirisik pengendali pasukan Real Madrid, Zinedine Zidane, yang mahukan Pogba mengemudi jentera tengah Los Blancos. 

Dalam masa sama, United turut bergelut mahu mengekalkan penjaga gol nombor satu mereka, David De Gea, yang masih belum menandatangani kontrak baru, situasi sama yang dialami Ander Herrera.

Kemasukan Pemain Baru

Dayang berasakan beberapa pemain seperti Ashley Young dan Nemanja Matic sudah tidak mampu untuk beraksi dalam setiap perlawanan kompetitif atas faktor kecergasan, jadi OGS sudah tentu mempunyai perancangan untuk membawa masuk beberapa pemain baru bagi memperkuatkan pasukan. 

Dayang bukanlah seorang jurulatih, namun dari sisi peminat bola sepak,  satu atau dua pemain baru di bahagian pertahanan, satu pemain tengah bertahan dan juga satu atau dua pemain yang mampu bermain menyerang di kiri dan kanan akan membantu OGS mempunyai lebih pilihan dan menambah baik pasukan.

Tentang Penulis

Tawaran Menarik

Komen