Los Blancos Tempang

Oleh Burn Thevandran 21 October 2019 182
Los Blancos Tempang
Skuad Real Madrid terbang ke Turki tanpa beberapa tonggak utama untuk saingan Liga Juara Juara Eropah berdepan Galatasaray.

Terdahulu, Real Madrid tewas mengejut dalam saingan La Liga kepada Real Mallorca 0-1 yang merupakan kekalahan pertama mereka. Kekalahan yang tidak dijangka itu menyaksikan pengendali mereka, Zinedine Zidane terpaksa mengenepikan beberapa nama besar seperti Toni Kroos, Eden Hazard, Dani Carvajal. Ini belum dikira ketiadaan pemain seperti Gareth Bale, Luka Modric dan Lucas Vazquez yang juga masih dalam kecederaan.

Real Madrid kini berada di tangga kedua liga, satu mata di belakang pendahulu, Barcelona yang mengungguli liga dengan 19 mata.

Perlawanan Liga Juara-Juara Eropah awal pagi Rabu ini merupakan misi wajib menang buat mereka memandangkan Real Madrid kini berada di tangga tercorot Kumpulan A dengan hanya 1 mata selepas dua perlawanan. Zidane sedikit lega selepas tiga pemainnya, Toni Kroos, Eden Hazard, Dani Carvajal,  yang terlepas aksi berdepan Mallorca kembali menyertai skuad utama untuk ke Turki.

Perlawanan ini amat penting untuk Real Madrid kembali mengukuhkan kedudukan mereka selepas dimalukan PSG dan hanya sekadar seri berdepan Club Brugge di Santiago Bernabeu.

Penulis masih ingat di awal saingan La Liga, Real Madrid turut bergelut untuk mencapai kemenangan sehingga ada yang mula mempersolkan kedudukan Zidane, namun sedikit demi sedikit persembahan anak-anak buahnya bertambah baik dan kini mereka berada di tempat yang betul. Cuma rekod di Liga Juara Juara Eropah sedikit tercalar dan hanya kemenangan menewaskan Galatasaray mampu mengembalikan keyakinan mereka dalam kejohanan itu.

Diharapkan ketiadaan pemain utama seperti Gareth Bale, Luka Modric dan Lucas Vazquez dalam senarai pemain yang terbang ke Turki tidak menjejaskan persiapan Los Blancos, memandangkan Galatasaray juga amat memerlukan kemenangan dalam perlawanan ini selepas hanya mengutip satu mata selepas dua perlawanan.

Tentang Penulis

Tawaran Menarik

Komen