Liverpool juara Eropah 2005 – satu sorotan (2)

Oleh Asmawi Bakiri 25 May 2018 905
Liverpool juara Eropah 2005 – satu sorotan (2)
GEMURUH SEBELUM PERLAWANAN
 
CH Saya tidak menaruh harapan terlalu tinggi. Milan sebuah pasukan berkelas dunia dari pemain nombor 1 hingga 11. Saya juga berasakan, sebagai sebuah pasukan, anda punya tuah yang terhad, dan kami telah menggunakan kesemuanya ketika menentang Chelsea dalam separuh akhir.
 
AC Saya dikelilingi begitu ramai penyokong Liverpool hingga kaki saya menggeletar! Namun, saya agak yakin. Kami adalah salah satu pasukan terkuat yang pernah saya saksikan dalam jersi merah dan hitam – saya fikir Liverpool tidak langsung berpeluang.
 
LL Ia agak aneh kerana selama bertahun-tahun saya menghadiri final Liverpool, kami adalah pasukan pilihan. Kami pastinya adalah pasukan bukan pilihan pada hari itu. Ia mengurangkan sedikit tekanan tapi anda tetap percaya ia masih boleh dilakukan.
 
MILAN BUAT JARINGAN PADA MINIT PERTAMA
 
MR Bapa mertua saya duduk di bahagian berbeza dengan tiket asalnya tapi dengan tiket yang saya dapati, saya duduk jauh di atas, jadi ia umpama melihat ke bawah kepada sekumpulan semut di atas padang. Saya mengambil tempat duduk, sepak mula pun dilakukan dan secara tidak semena-mena kami ketinggalan. Saya berasa sangat teruk.
 
LL (Paolo) Maldini menyumbat gol pada minit pertama barangkali adalah detik paling teruk. Anda penuh bersemangat sepanjang hari dan tiba-tiba ini yang berlaku. (Harry) Kewell mendapat semula kecederaan lazimnya dan (pengurus, Rafael) Benitez membawa masuk Vladimir Smicer.
 
FM Selepas Kewell keluar, saya terfikir: “Jangan biarkan ini jadi mengaibkan. Biarlah jumlah jaringan lawan tidak terlalu besar dan kami boleh pulang.” Tiada siapa menyangka kami mampu menterbalikkan keadaan.
 
RH Ketika ketinggalan 0-1, anda berharap mereka akan bangkit melawan tapi itu semakin lenyap. Kaka membuat satu umpanan gemilang kepada (Hernan) Crespo dan saya  terfikir: “Mereka berada dalam kelas berbeza daripada kami.” Terdapat ramai penyokong Milan di keliling saya dan mereka sedang berpesta. Ia amat merimaskan.
 
AC Apabila anda bermula seperti itu, dengan pemain pertahanan membuat jaringan, anda fikir dengan barisan serangan hebat yang dimiliki, segala-galanya akan menjadi mudah. Untuk separuh masa pertama, ia memang begitu. Kami seharusnya boleh menyumbat lebih daripada tiga gol.
 
CRESPO MELEDAK DUA KALI
 
FC Ia amat menakjubkan – satu pemandangan memukau. Kaka, (Andriy) Shevchenko dan Crespo semuanya sangat berbahaya. Segala-galanya kelihatan memihak kami. Kami semua berasa sangat teruja – sekalipun jika, seperti semua penyokong Milan yang baik, harus juga berhati-hati. Tiada siapa yang dapat mempercayai apa yang mereka lihat.
 
LL Tiada siapa dapat memahami kenapa Benitez tidak memasukkan (Dietmar) Hamann kerana Milan nampak mudah menembusi kami. Gol kedua dan ketiga ternyata sangat meresahkan.
 
EC Pada waktu kami menyumbat gol ketiga, saya sudah hilang suara! Saya tidak pernah berasa begitu tenang pada waktu rehat separuh masa di sebalik penyokong Liverpool masih begitu bingit. Saya rasa penyokong The Reds mengisi 70 peratus daripada tempat duduk stadium. Mengagumkan.
 
CH Dari satu cara, gol ketiga Milan itu seolah-olah membantu Liverpool. Dengan ketinggalan 2-0 pada separuh masa, anda tersepit di antara bertahan dan menyerang. Namun, dengan ketinggalan 3-0, anda tiada pilihan lain kecuali menyerang habis-habisan.
 
(BERSAMBUNG)

Tentang Penulis

Tawaran Menarik

Komen