Lima individu corak aksi final

Oleh Ammar Hakim 27 May 2018 7550
Lima individu corak aksi final
Aksi final Liga Juara-Juara (UCL) telah pun berakhir, Real Madrid melakar kemenangan 3-1 di Kiev awal pagi tadi. Terdapat beberapa individu yang mencorakkan aksi penuh dramatik ini.

Mohamed Salah

Memang tidak dinafikan, pemain kebangsaan Mesir ini merupakan tunjang jentera serangan Liverpool bagi musim ini. Ketiadaannya kerana kecederaan bahu merupakan satu kehilangan buat skuad kendalian Jurgen Klopp hilang punca apabila mendominasi sejak awal permainan.

Berdasarkan kecederaannya, terdapat laporan yang menyatakan Salah mungkin terlepas saingan Piala Dunia.

Sergio Ramos

Ramos adalah Ramos. Tidak mampu menghasilkan jaringan, dia memastikan setiap langkah lawan dipatahkan. Bermula dengan cara menjatuhkan Salah -- mengambil kesempatan itu bagi memastikan Liverpool kehilangan punca mencari jaringan.

Cristiano Ronaldo

Gagal menepati ramalan. Penjaring terbanyak saingan UCL ini merupakan ancaman utama lawan dan mereka memastikan Ronaldo tidak mampu mencari ruang bagi mencipta jaringan. Bagaimanapun, di sebalik aksi hambar ini, Ronaldo merupakan pemenang trofi juara Eropah yang terbanyak.
 
Gareth Bale

Pengubah nasib Los Blancos. Tampil sebagai pemain gantian, sepakan gunting Bale dilihat sebagai jaringan terbaik dalam aksi final (dijangka mengatasi jaringan final Zinedine Zidane ketika Real berdepan Bayer Leverkusen), sebelum menggandakan jaringan bagi memastikan kemenangan buat Real.

Dibelenggu kecederaan sejak awal musim, Bale yang mula menampilkan corak permainan yang cemerlang pada penghujung musim dan dua gol berjaya dihasilkan merupakan penamat terbaik musimnya.


Loris Karius

Untuk melakukan kesilapan yang mampu menghadiahkan gol buat lawan adalah perkara yang perlu dielak. Kesilapan demi kesilapan Karius di Kiev merupakan sesuatu yang malang serta pahit untuk diterima buat seluruh pemain dan penyokong Liverpool.
 

 

 

Tentang Penulis

Tawaran Menarik

Komen