LCW ke LZJ 

Oleh Shahrazad Sani 30 May 2018 17802
LCW ke LZJ 
Peminat sukan tanah air serta persoalan dan kemungkinan berpisah tiada pada pandangan saya.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini sudah pasti siapa pengganti Datuk Lee Chong wei ketika tidak ada seorang pun yang hampir dengan kehebatan dia.

Baru-baru ini, bagaimanapun, Malaysia dipersembahkan dengan seorang prospek yang memungkin segala keterujaan, Lee Zii Jia.

Kali pertama saya mengenali Zii Jia adalah ketika kempen Kejohanan Remaja Dunia 2016 di Bilbao, Sepanyol.

Pada usia muda, Zii Jia sudah menampakkan bakat semula jadi untuk jadi yang terbaik satu hari nanti meskipun tidak ke final edisi itu.

Pengamatan saya, sinonim dengan pemain generasi ini, dia memiliki keyakinan dalam dan luar gelanggang, malah ada lagak ketika meraikan kemenangan dan kematangan sewaktu tewas.

Malaysia saya percaya sudah menilai siapa Zii Jia yang menyerlah dalam tugasan bersama skuad negara di Piala Thomas 2018.

Memukau dan luar biasa antara gambaran yang digunakan pasca aksi Zii Jia dalam setiap perlawanan di Bangkok ,Thailand termasuk kebangkitan semula menentang perseorangan Denmark, Hans-Kristian Vittinghus.

Mungkin ada yang mengajukan perspektif, dahulu juga, nama seprti Liew Daren, Chong Wei Feng disifatkan berupaya jadi pengganti Chong Wei.

Apa beza Zii Jia dengan mereka.

Bezanya pada hemat saya adalah peranan kita untuk menawarkan sokongan adil dan kritikan yang bernas dalam mengikuti perkembangan kerjaya Zii Jia.

Malah dia juga pemain yang memiliki keazaman untuk tidak mengecewakan diri sendiri serta tahu apa yang diharapkan Malaysia.

Buat masa ini, dia adalah yang paling hampir untuk Malaysia mengimpikan seorang bintang berstatus elit .

Saya sendiri mahu menaruh segala kepercayaan bahawa aspirasi memiliki Juara Dunia, Jaguh Olmpik dan tunjang Piala Thomas ada dalam diri Zii Jia.

Tidak hairan kalau tahun- tahun mendatang nama LZJ akan dibilang senafas LCW.
 

Tentang Penulis

Tawaran Menarik

Komen