Lakukan apa yang perlu, nantikan hasilnya

Oleh Intan Nor Saina 30 March 2018 874
Lakukan apa yang perlu, nantikan hasilnya
“Ia merupakan penghormatan buat saya setelah menjaringkan gol pertama dalam sembilan penampilan bersama pasukan England,” luahan seorang pemain berusia 25 tahun yang makin menadapat perhatian sejak akhir-akhir ini, Jesse Lingard.

Selepas menyumbang lapan gol daripada 26 penampilannya bersama kelab Manchester United, Lingard kini lebih tekun dan fokus dalam memperbaiki prestasinya saban hari.

Baru-baru ini, beliau juga mengeluarkan pendapat dan juga harapannya terhadap pasukan Manchester United sambil menjadikan barisan Red Devils ketika dibarisi pemain legenda seperti Paul Scholes, David Beckham, Gary Neville sebagai rujukan kerana Lingard berpendapat mereka telah bersama daripada peringkat remaja. 

Jika dikaitkan, Lingard dan Pogba telah bersama sejak daripada pasukan remaja sementara Marcus Rashford sendiri dari skuad belia United. Namun, sedikit sebanyak perkara tersebut dapat membantu untuk memantapkan pasukan sedia ada.

Lingard menjaringkan gol pertama buat negaranya England dengan kemenangan 1-0 ke atas Netherland dalam satu siangan persahabatan. Dan beliau meneruskan momentum dengan jaringan buat England ketika bertemu Itali dengan keputusan seri 1-1

Biarpun pada mulanya dalam peringkat kelab Lingard dilihat tidak begitu menyerlah, namun beliau tetap tidak berputus asa dan tidak pernah menyalahkan pengendali, Jose Mourinho, sebaliknya beliau perlu bekerja lebih keras untuk lebih menyerlah bagi disenaraikan dalam kesebelasan utama.

Biarpun masih baru untuk menempa nama dalam skuad kebangsaannya, Lingard kini lebih tertumpu kepada aksi di United untuk meraih tempat kedua di Liga Perdana Inggeris dan meraih kejuaraan Piala FA.

Tentang Penulis

Tawaran Menarik

Komen