Klopp, Messi raih anugerah FIFA

Oleh Burn Thevandran 24 September 2019 104
Klopp, Messi raih anugerah FIFA
Bintang Barcelona, Lionel Messi, berjaya meraih anugerah Pemain Terbaik Lelaki Tahunan FIFA dengan mengatasi dua pencabarnya Cristiano Ronaldo dan Virgil Van Dijk.

Upacara yang berlangsung di La Scala Opera House, Milan itu, menyaksikan pesaing Messi, Cristiano Ronaldo, tidak menghadirkan diri dan seakan-akan sudah mengetahui dirinya tidak meraih anugerah biarpun tersenarai dalam kesebelasan utama pilihan FIFA. 

Sementara itu, seorang lagi pesaing, Van Dijk, yang baru saja meraih Anugerah Pemain Lelaki Terbaik Tahunan EUFA juga akur tewas kepada Messi.

Untuk rekod, ini merupakan kali pertama Messi meraih anugerah ini yang baru diperkenalkan pada 2016. 

Pemilihan Messi bersandarkan kepada prestasi menakjubkan pemain kelahiran Argentina itu. 

Messi meledakkan 12 gol dalam saingan Liga Juara Juara Eropah, sebelum Barcelona tersingkir dalam separuh akhir. 

Beliau turut meledakkan 36 gol musim lalu selain membantu Barcelona muncul juara La Liga dan turut terbabit dalam Copa Amerika yang membawa Argentina meraih gangsa.

Pengendali Liverpool, Jurgen Klopp juga meraih anugerah Jurulatih Lelaki Terbaik FIFA atas kejayaannya membimbing Liverpool. 

Muncul juara Liga Juara Juara Eropah dan berada di kedudukan kedua Liga Perdana Inggeris dengan 97 mata, Klopp sendiri tidak menyangka beliau menerima anugerah daripada FIFA. 

Ini kerana pesaingnya bukanlah calang-calang individu apabila Pep Guardiola dan  Mauricio Pochettino juga tersenarai untuk meraih anugerah selepas membimbing Manchester City muncul juara liga dua kali berturut-turut dan membawa Tottenham Hotspur ke pentas final Liga Juara Juara Eropah buat pertama kali dalam sejarah kelab.

Tidak terkecuali, anak buah Klopp, Allison Becker, turut meraih anugerah Penjaga Gol Terbaik Lelaki FIFA manakala anugerah gol Puskas menjadi milik Daniel Zsori daripada pasukan Debrecen FC menerusi gol akrobatik cantik.

Tentang Penulis

Tawaran Menarik

Komen