Kembali terjalin… Sathia, Shukor Adan

Oleh Hafizal Hamad 20 February 2017 378
 Kembali terjalin… Sathia, Shukor Adan

Umpama lirik lagu nyanyian kumpulan Slam, "Kembali Terjalin...itu senario terkini dalam kem pasukan Felda United apabila sah menamakan bekas jurulatih kebangsaan, B. Sathianathan, selaku pengendali baru mereka.

Ia pasti menggembirakan kapten pasukan, Shukor Adan, dan beberapa lagi pemain yang pernah berada di bawah kendalian Sathia satu ketika dulu.

Hubungan ketua pasukan dan jurulatih cukup penting sebagai penghubung utama pasukan.

Perwatakan yang begitu tegas dan penuh dengan prinsip, kehadiran Sathia dilihat boleh membantu Felda United untuk kembali semula berada dalam kelompok pasukan terbaik.

Buat segelintir pegawai pegawai pasukan Felda juga, diharap bersiap-sedia berdepan dengan jurulatih yang punya prinsip dan ketegasan atas nama tanggungjawab yang telah diamanahkan.

Jangan dibawa cara ‘oh si pulan orang si pulan’, arahan atasan dan lain lain lagi.

Sathia lain daripada yang lain. Kalau tak bersedia lebih baik undur diri.

Sathia juga dijangka membawa pasukan kejurulatihannya sendiri dalam masa terdekat.

Antara yang menjadi pilihan selaku pembantu beliau ialah bekas pemainnya sendiri yang juga bekas ketua pasukan negara, Ahmad Shahrul Azhar Soffian.

Apa pun, buat Sathia, selamat maju jaya.

Hati hati ya Sathia, sesekali tengok kanan dan kiri. 

Tentang Penulis

Tawaran Menarik

Komen