Kelantan mula bangkit

Oleh Hasnizam Uzir 27 February 2018 10517
Kelantan mula bangkit
Permulaan yang baik bagi pengendali sementara jurulatih Kelantan, Yusri Che Lah, apabila berjaya mencipta kemenangan pertama pasukan Kelantan 3-2 di laman sendiri ketika menentang pasukan Perak tempoh hari.

Dengan kemenangan ini sudah pasti memberi sedikit kelegaan kepada pengurusan KAFA setelah mereka mengambil satu keputusan drastik dengan memecat jurulatih sebelum ini Sathit Bensoh yang gagal membawa sinar kepada pasukan Kelantan pada permulaan saingan Liga Super 2018.

Dengan reputasi yang ada pada pasukan Kelantan yang mana ramai mengetahui pasukan ini adalah merupakan pasukan terbaik dalam kancah Liga Malaysia sebelum KAFA menghadapi kemelut kewangan beberapa tahun lalu.

Namun, apa yang pasti dengan kemenangan pertama ini sudah tentu akan meningkatkan keyakinan pemain-pemain untuk memberi aksi yang terbaik selepas ini untuk terus menjulang nama Kelantan.

Lihat sahaja bagaimana persembahan yang dipamerkan oleh pemain-pemain Kelantan ketika perlawanan menentang Perak walaupun ketinggalan pada awalnya tetapi mereka bangkit dan akhirnya membawa kejayaan.

Inilah sikap sebenar yang boleh kita lihat daripada pemain-pemain Kelantan terutama pengaruh daripada ketua pasukan Kelantan, Badhri Radzi, yang berjaya memimpin pasukan dengan baik.

Dengan semangat berpasukan dan hormat menghormati diantara satu sama lain itulah resepi kejayaan pasukan Kelantan malam itu.

Komitmen yang diberikan oleh pemain-pemain import begitu  baik terutama gandingan trio import Muhammad Gaddar, Bruno Lopes dan Dong Hyun begitu baik sekali.

Tidak menghiraukan apa yang akan berlaku pada fizikalnya walaupun kadang-kadang ia boleh mendatangkan resiko kecederaan kepada mereka tetapi mereka tetap fokus untuk mencipta kemenangan.

Gandingan bersama pemain-pemain tempatan juga mantap lihat sahaja permainan kemas dengan hantaran-hantaran pedek yang kemas serta kreativiti bahagian tengah yang dikemudi Badhri begitu tersusun.

Apa yang lebih penting keharmonian dan semangat berpasukan ditonjolkan pemain-pemain Kelantan bersama Yusri Che Lah begitu baik sekali.

Hubungan yang akhrab di antara mereka ini akan membawa cahaya yang lebih terang untuk pasukan Kelantan.

Lebih penting sekali penyokong-penyokong Kelantan perlu terus memberi sokongan dan membantu pengurusan KAFA untuk menambah kewangan dan seterusnya mengangkat kembali pasukan Kelantan.

Kepada Yusri Che Lah, selamat maju jaya penulis doakan.

Tentang Penulis

Tawaran Menarik

Komen