Kasihan Irfan Bakti 

Oleh Shaiful Shamsudin 13 May 2019 31427
Kasihan Irfan Bakti 
Saya kasihan dengan nasib yang menimpa jurulatih Terengganu, Irfan Bakti Abu Salim, susulan kekalahan perit skuad kendaliannya kepada Pahang di peringkat suku akhir Piala FA, Jumaat lalu. 

Sang Penyu pulang ke Kuala Terengganu dengan air mata selepas disingkirkan 2-5 secara agregat berikutan kekalahan 0-4 dalam pertemuan kedua di Stadium Darulmakmur. 

Apa tidaknya, segala yang diulasnya bagaikan memakan diri. 

Ketika mengulas pasca pertemuan pertama di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Irfan menganggap bukanlah kebetulan Terengganu menang 2-1 ketika Pahang hilang khidmat Dickson Nwakaeme dan Safuwan Baharuddin. 

"Siapa tahu dengan kehadiran dua pemain itu, kami mungkin akan menang 4-0.

"Ia tentang kualiti yang baik dan bukannya disebabkan ketiadaan Safuwan atau Nwakaeme.

"Saya kalau boleh mahukan Nwakaeme beraksi.

"Jadi, dengan kelebihan satu gol, saya yakin kami akan mara ke pusingan seterusnya," katanya. 

Bagaimanapun, segalanya tidak menjadi buat anak buahnya ketika bertandang ke tempat lawan yang menyaksikan Nwakaeme meledak dua gol di samping jaringan Faisal Abdul Halim dan Mohamadou Sumareh sehingga Irfan menyimpulkan penyingkiran kali ini sebagai aksi terburuk Terengganu musim ini. 

Itulah dilema yang dihadapi Irfan di Pantai Timur. 

Bola sepak Terengganu ada misterinya walaupun mereka selayaknya sebaris dengan pasukan elit lain setelah melahirkan ramai pemain berpotensi selain memiliki banyak kelab dan mempunyai pasukan simpanan, Terengganu FC II, yang beraksi dalam kancah Liga Perdana. 

Bagaimanapun, selepas tiga tahun, jurulatih berpengalaman luas itu kembali mengemudi Terengganu dan beliau masih belum menemui formula kejayaan berterusan tetapi ia sesuatu yang tidak mustahil untuk dilakukan. 
 

Tentang Penulis

Tawaran Menarik

Komen