Kasi salin terus Zidane!

Oleh Burn Thevandran 1 April 2019 30462
Kasi salin terus Zidane!
Karim Benzema pemain yang mungkin meninggalkan Real Madrid musim hadapan, dia muncul wira apabila gol pada minit ke-89 perlawanan untuk mengesahkan tiga mata menjadi milik mereka di Santiago Bernabeu.

Real Madrid yang berdepan pasukan tercorot liga, Huesca, bergelut sejak wisel permainan ditiupkan apabila ketinggalan 0-1 seawal minit ketiga permainan. 

Biarpun memiliki Thibaut Courtois dan Keylor Navas selaku pilihan di benteng terakhir, pengendali Real Madrid, Zinedine Zidane, membuat keputusan drastik dengan meletakkan anaknya, Luca Zidane, di benteng terakhir.  

Penulis percaya andai mereka tewas dalam perlawanan ini, pasti isu pemilihan penjaga gol akan menjadi perbualan hangat.

Terdahulu , Isco dan Dani Cabellos meledakkan dua gol buat Real Madrid dan melihatkan perlawanan semalam, penulis secara peribadi berasakan, sudah tiba masanya buat Zinedine Zidane menukar beberapa pemain lama dengan pemain baru. 

Pengalaman memang penting, namun kepantasan dan kelajuan memainkan peratus yang lebih besar untuk mencapai kemenangan dalam setiap perlawanan.

Penulis tidak mahu menafikan sumbangan dan keringat orang lama seperti Luca Modric, Toni Kross mahupun Karim Benzema, tetapi andai Real Madrid mahu kekal relevan dan mempertahankan reputasi mereka, penulis percaya kekosongan Luka Modric boleh digantikan dengan Paul Pogba, ketiadaan Toni Kross boleh diisi Ngolo Kante dan kuda tua Karim Benzema, boleh ditukar dengan pemain seperti Marcus Rashford.

Tidak keterlaluan juga andai penulis katakan, khidmat ketua pasukan, Sergio Ramos, mungkin hanya mampu bertahan satu atau dua musim sahaja lagi dan selepas itu, Zidane harus segera mencari pemain untuk beraksi bersama Raphael Varane.

Bukan lagi rahsia apabila Marcelo, dijangka berhijrah ke Turin bersama Juventus dan ini menyaksikan Zinedine Zidane perlu melakukan rombakan besar-besaran pada waktu jendela perpindahan nanti. Dengan dana yang besar bakal disediakan pihak pengurusan kelab, siapa lagi pemain yang anda rasa akan berada dalam radar pengendali Real Madrid? Neymar? Lagi?

 

Tentang Penulis

Tawaran Menarik

Komen