Kane Panas Dengan Salah!

Oleh Dayang Zainatull 15 May 2018 20457
Kane Panas Dengan Salah!

Belum pun bermula saingan liga perdana inggeris musim 2018/2019, penyerang utama Tottenham Hotspurs itu sudah pun melaungkan cabaran untuk Mohamed Salah melakukan perkara yang sama mengalahkannya untuk musim hadapan bagi anugerah Kasut Emas.

Cabaran itu hadir apabila Harry Kane gagal merangkul hatrik bagi anugerah Kasut Emas selepas melakukannya dua kali berturut-turut. Pada musim 2015/2016, Kane muncul pemenang dengan 25 gol dan pada musim 2016/2017, Kane terus mendominasi dengan 29 gol. Cuma pada musim ini, peyerang England itu terpaksa akur berada di tangga kedua dengan 30 gol, 2 gol dibelakang Salah.

Biarpun tewas, Kane melihat situasi ini sebagai satu persaingan sihat di antara beliau dengan Salah dan juga penyerang lain di liga perdana inggeris.

Untuk rekod, musim 2017/2018 adalah tahun terbaik buat Salah apabila beliau merangkul tiga anugerah dalam tahun pertama di liga inggeris. Anugerah Kasut Emas, Pemain Terbaik Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional England dan Pemain Terbaik Persatuan Penulis Sukan Bola Sepak England. Itu baru di England, belum lagi ditambah anugerah yang diterima dari luar.

Dengan prestasi terbaik yang dipamerkan, Dayang percaya pemain kelahiran Mesir berusia 26 tahun itu bakal menjadi rebutan kelab-kelab utama di Eropah dan berkemungkinan, Salah tidak akan menyahut cabaran Kane andai beliau tidak lagi beraksi di England.

Salah dan Kane juga akan membawa cabaran negara masing-masing dalam saingan Piala Dunia 2018 nanti,dan adakah kedua-dua akan mengetuai senarai penjaring di Rusia nanti? Sama-sama kita nantikan.

Tentang Penulis

Tawaran Menarik

Komen