Jose Mourinho berang

Oleh Hasnizam Uzir 20 May 2018 7930
Jose Mourinho berang

Berang dengan corak permainan secara bertahan yang dipamirkan oleh Chelsea sepanjang perlawanan akhir membuat pengendali Manchester United Jose Mourinho menyatakan bahawa Chelsea tidak layak menjulang Piala FA musim 2017-2018 itu. Walaupun Manchester United menguasai permainan sepanjang perlawnan akhir itu ia tidak memberi makna kepada anak-anak buah Jose Mourinho apabila mereka tewas pada jaringan penalti oleh Eden Hazard minit ke 22.

Ini merupakan Piala FA yang ke 8 dimenangi oleh  Chelsea dan kali terakhir dimenangi pada musim 2011-2012 dibawah kendalian jurulatih sementara Chelsea Roberto Di Matteo yang menewaskan Liverpool dengan jaringan 2-1. Walaupun Chelsea diberi tekanan dari awal permainan namun anak-anak buah Antonio Conte bijak mengawal setuasi. Dengan formasi 3-5-1-1 itu memberi kelebihan dibahagian tengah Chelsea apabila N'Golo Kante banyak menyekat setiap gerakan dilakukan oleh pemain-pemain tengah Manchester United. 

Secara taktikalnya Chelsea bermain secara bertahan sepanjang masa namun ia memberi kelebihan kepada anak-anak buah Conte apabila menunjukan kerjasama yang baik dan mengamalkan taktikal disiplin ketika bertahan yang konsisten sepanjang 90 minit. Lihat sahaja bagaimana peranan yang dimainkan oleh Cesc Fabregas sebagai attacking midfield pasukan Chelsea dengan pengalaman dan kretiviti yang ada beliau bijak membuat hantaran jauh tepat kepada Eden Hazard melalui serangan balas yang pantas pada minit ke 22 sehingga memberi tekanan kepada Phil Jones yang terpaksa membuat terjahan di dalam kawasan penalti untuk menghalang Hazard dari melakukan jaringan dan akhirnya Jones dipersalahkan dengan tindakannya itu yang memberi hadiah sepakan penalti kepada Chelsea. Dengan tenang Hazard menyudahkan sepakan penalti itu dan jaringan Hazard kekal sehingga tamat perlawanan.

Kekalahan ini pasti memberi pengajaran yang berguna kepada Manchester United walaupun menguasai permainan 63 peratus dan 5 percubaan tepat ke arah gol tidak membawa sebarang makna kepada pengendali Manchester United Mourinho. Dengan formasi 4-3-3 ia memberi kelebihan kepada Manchester United dengan kelebihan pemain-pemain yang mereka miliki terutama dibahagian tengah yang diketuai Paul Pogba dan penyerang pula Alexis Sanchez. Manchester United bermain secara terbuka dengan falsafah menyerang secara berperingkat-peringkat yang dibawa pada perlawanan akhir itu tetapi penyudah yang agak tumpul itu merugikan Manchester United. 

Penutup musim 2017-2018 Manchester United yang agak suram kerana tiada kejuaraan yang dibawa pulang Jose Mourinho berbanding pengendali Chelsea Antonio Conte dengan menjulang Piala FA walaupun didalam liga kedudukan Chelsea agak mengecewakan dan juga memeningkan pengurusan kelab Chelsea ketika ini tentang kedudukan Conte pada musim hadapan. Tahniah kepada Chelsea yang berjaya menjulang Piala FA musim 2017-2018.

Tentang Penulis

Tawaran Menarik

Komen