JDT terus cengkam liga

Oleh Hasnizam Uzir 24 May 2018 1286
JDT terus cengkam liga
Dua jaringan Gonzalo Cabrera ketika bertemu pasukan Negeri Sembilan di Stadium Tan Sri Dato' Hj Hassan Yunos Larkin semalam mengukuhkan lagi kedudukan Johor Darul Ta'zim (JDT) ditangga teratas Liga Super 2018. Ini sudah pasti akan memberi keyakinan kepada pemain-pemain JDT untuk terus memberikan aksi yang konsisten pada setiap perlawanan yang mendatang.

Kemenangan itu juga dapat melihat bagaimana peningkatan persefahaman pemain-pemain import yang baharu dibawa oleh JDT dibahagian serangan iaitu Harry Novillo dan Jorge Santos bersama pemain-pemain tempatan serta import sedia ada seperti Gonzalo Cabrera dan Harris Harun. Keserasian diantara mereka mula diterjemahkan diatas padang melalui setiap gerakan dan hantaran-hantaran yang memberi tekanan kepada pihak lawan.

Kita lihat sahaja bagaimana Nazmi Faiz Mansor dan Afiq Fazail yang memainkan peranan penting dibahagian tengah JDT bergandingan dengan Harris Harun yang banyak menyalurkan bola kepada pemain-pemain penyerang mengunakan kretiviti mereka untuk merencanakan gerqkan yang tersusun dan menarik selain ketenangan mereka itu. Ini memberi impak yang sungguh besar kepada pasukan JDT.

Keserasian dan persefahaman yang tinggi diantara pemain tempatan dan import itu mengingatkan kembali memori penulis kepada skuad Johor pada tahun 1991. Skuad kendalian Michale Urukalo pada ketika itu menjulang Piala Liga dan Piala Malaysia juga merupakan pasukan pertama dalam Liga Malaysia menjulang "double champions".

Ketika itu bahagian tengah pasukan Johor dikemudi oleh Nasir Yusof yang lebih dikenali sebagai "Professor", Khalid Shahdan dan Aidiel Mohd Noor, sementara bahagian serangan pula diterajui oleh Ervin Boban,Abas Saad, Alistair Edward dan Salehan Mohd Som. Gandingan ini memberi impak yang begitu besar kepada pasukan Johor sehingga mencipta kejayaan luar biasa.

Walaupun ia sudah lama berlalu namun ia masih menggamit memori rakyat Johor sehingga kini, begitu juga dengan pasukan JDT ketika ini sehingga memberi igauan kepada semua pasukan dalam Liga Malaysia apatah lagi kepada peminat-peminat bola sepak tanah air. Persembahan yang konsisten JDT ketika ini memberi kelebihan kepadanya untuk terus mencengkam Liga Super.



Kredit foto: Facebook Johor Southern Tigers

Tentang Penulis

Tawaran Menarik

Komen