Jangan gaduh-gaduhlah

Oleh Muzaffar Musa 15 August 2019 28670
Jangan gaduh-gaduhlah
Kelmarin, akhbar United Kingdom, The Sun, melaporkan bintang tengah Manchester United, Alexis Sanzhez, dilihat berperang lidah dengan pemain muda pasukan itu, Mason Greenwood.

Puncanya, Greenwood dikatakan melakukan terjahan keras ke atas Sanchez, yang baru pulih daripada kecederaan paha sejak saingan Copa America lalu, dalam sesi latihan di Carrington.

Keadaan itu menimbulkan berang Sanchez, apatah lagi ia berlaku ketika dia sedang bergelut untuk mencari tahap kecergasan terbaik selepas dipinggirkan daripada kemenangan 4-0 ke atas Chelsea hujung minggu lalu.

Bagaimanapun, pengurus, Ole Gunnar Solskjaer, secara tekal menyatakan pemain tengah itu masih berada dalam perancangannnya dalam musim baru ini walaupun Sanchez tidak memaparkan aksi konsisten sepanjang musim lalu.

United membuka musim dengan kemenangan bergaya ke atas Chelsea dan ia merupakan permulaan terbaik untuk mereka kembali menempatkan diri dalam kelompok atasan Liga Perdana musim ini.

Seharusnya keharmonian dalam pasukan itu dijadikan keutamaan tatkala Solskjaer mencanang ideologi persis mentornya, Alex Ferguson, sebagai polisi menggunakan pemain muda musim ini.

Sanchez kini sudah berusia 30 tahun dan sudah pasti pengalamannya dapat dicurahkan buat barisan muda The Red Devils, terutama buat Greenwood sendiri.

Dia pasti mempunyai sesuatu untuk ditawarkan bagi membalas kepercayaan Solskjaer.

Jangan gaduh-gaduh, musim baru "jalan" satu perlawanan.
 

Tentang Penulis

Tawaran Menarik

Komen