Ikut cara saya -- Cheng Hoe 

Oleh 31 January 2018 143
Ikut cara saya -- Cheng Hoe 
Pernah satu ketika timbulnya persoalan kesukaran pemain pasukan Kedah merebut kedudukan dalam kesebelasan skuad Sukan SEA 2017 ekoran tiada keserasian dengan corak permainan yang diterapkan Datuk Ong Kim Swee.

Semua sedia maklum Kedah merupakan pasukan yang dikenali dengan jolokan tiki taka Malaysia yang diterapkan Tan Cheng Hoe ketika itu membawa dimensi baru dalam saingan Liga Super.

Berbalik kepada kelibat Cheng Hoe yang bakal membawa skuad senior, dia sudah pun memberi amaran awal kepada pemain yang bakal dipilih memperkuatkan pasukannya selepas ini.

‘Ikut cara saya.’

Ringkas tetapi itu sudah cukup untuk menggambarkan ketegasan Cheng Hoe dalam usaha membentuk pasukannya.

Hakikatnya, Cheng Hoe sendiri sudah pasti memiliki ramuan yang cukup untuk menggayakan pasukannya selepas ini.

Cheng Hoe bukan baru dalam skuad kebangsaan malah dia antara individu yang menjadi tulang belakang skuad negara ketika era Datuk K. Rajagobal.

Tegas Cheng Hoe, corak permainan terbuka menerusi hantaran pendek tetap menjadi pilihannya dengan dia sendiri tidak mahu menghadkan cara permainan seperti itu seolah-olah ia hanya mampu diadaptasi skuad Kedah sahaja.

Bercakap mengenai pemilihan pemain, keterujaan Cheng Hoe begitu ketara dengan penampilan pemain bawah 23 tahun dalam saingan Kejohanan AFC Bawah 23 Tahun baru-baru ini.

Malah, tidak mustahil majoriti skuad senior juga bakal diisi pemain B-23 dan pada masa yang sama, nama-nama seperti Safiq Rahim, Aidil Zafuan Abdul Razak mahupun Safee Sali masih berada dalam perancangan Cheng Hoe .
 

Tentang Penulis

Tawaran Menarik

Komen