"Grand Slam" dan buruan emas sulung Olimpik Malaysia

Oleh Rozaini Ahmad 5 August 2016 1356
Sudah seminggu berlalu di bumi Rio, Brazil, tanpa diduga rupanya saya sudah melengkapkan karier saya sebagai seorang wartawan sukan selama 17 tahun. Gelaran “Grand Slam”, itu istilah di kalangan wartawan sukan tanahair. 

Bukan untuk gelaran seorang jagoan tenis dunia dari Malaysia, tetapi istilah “Grand Slam” sering dikaitkan dengan melengkapkan liputan sebagai wartawan dalam empat temasya sukan terbesar, iaitu Sukan Sea, Sukan Komanwel , Sukan Asia dan Sukan Olimpik.

Itu nilai pengalaman tertinggi untuk seorang bergelar wartawan sukan tanahair. Sebenarnya, bukan sekadar empat temasya yang harus dilalui, malah standard Sukan Universiti Dunia yang sudah menampilkan atlit-atlit bertaraf dunia juga sekarang sudah boleh dikaitkan dengan status “Grand Slam” ini.

Seminggu di Rio, macam-macam sudah dilalui, masalah pengangkutan, perjalanan ulang-alik yang jauh dari tempat penginapan, masalah makanan halal , masalah bahasa “ayam dan itik” dan soal keselamatan menjadi asam garam yang ditempuh setiap hari. Tapi kerana tugas dan keterujaan peringkat Olimpik, pentas utama  sukan dunia, halangan jadi ‘penyeri kehidupan” di Rio.

Indahnya liputan di Rio untuk membawa perkembangan terkini atlit dan kontinjen negara kali ini, sebab buruan emas sulung yang cukup diidam-idamkan 30 juta rakyat Malaysia sejak dari bergelar Malaya lagi. Adakah ini hari, saat dan detiknya penantian bersejarah sukan negara di peringkat Olimpik dapat dimakbulkan 32 atlit yang bertanding?

Itu debarannya, itu arus aliran adrenalinnya yang tercetus dalam setiap minit, malah kiraan saat atlit negara turun bertarung nanti. Apa yang pasti Satu Malaya menantikan detik bersejarah itu, siapa, dari sukan mana, Datuk Lee Chong Weikah orangnya, The Pocketrocketman atau Lulu G Dolphine ….cetusan soalan-soalan yang bermain di minda semua rakyat Malaysia.

Jadi, anda jangan terlepas menantikan kesemua detik-detik bersejarah itu di saluran 801 Astro Arena setiap hari sepanjang Sukan Olimpik dengan liputan paling komprehensif, kami bawakan sepanjang lebih 20 hari bersiaran dari Rio de Janeiro, Brazil.

Sampai bertemu di nukilan berikutnya nanti…Obrigado untuk semua di Malaysia. 
 

Tentang Penulis

Tawaran Menarik

Komen