Giliran Scholes pula

Oleh Dayang Zainatull 13 February 2019 8926
Giliran Scholes pula
 Selepas seorang demi seorang bekas pemain bintang di Liga Perdana Inggeris yang sudah bersara menceburi bidang kejurulatihan, akhirnya bekas pemain Manchester United dan England, Paul Scholes, menjawat jawatan selaku ketua jurulatih bagi pasukan Oldham Athletic.

Scholes yang begitu dihormati sewaktu zaman kegemilangannya bersama The Red Devils bersara pada 2013 dan beliau antara pemain tengah kreatif yang sering mendapat pujian pemain lawan. Terkenal dengan ketepatan hantaran jauh selain kepantasan dalam mengawal dan menghantar bola, Scholes adalah nadi utama di United dan merupakan antara pemain kesayangan Sir Alex Ferguson.

Merupakan salah seorang pemain dalam kelompok “class of 92”, Scholes dan rakan-rakannya seperti Gary Neville, Philippe Neville dan  Nicky Butt terus berjinak-jinak dengan bidang kejurulatihan selepas bersara. 

Selain itu, beberapa pemain sezamannya seperti Steven Gerrard, Frank Lampard, Gianfranco Zola juga menceburi bidang kejurulatihan.

Scholes, yang sebelum ini membimbing Salford City secara sementara, melepaskan jawatannya di situ demi memberikan tumpuan kepada kelab barunya. Jawatan pengurus di Oldham Athletic kosong sebelum ini berikutan kelab tersebut memecat pengurus terdahulu, Frankie Bunn.

Oldham Athletic bukanlah asing bagi Scholes memandangkan beliau sendiri merupakan penyokong Oldham Athletic sejak dari kecil lagi dan kini beliau sudah pun menjadi pengurus bagi kelab yang sentiasa berada dihatinya selain daripada Manchester United.

Dayang mahu mengucapkan selamat maju jaya kepada Paul Scholes yang akan membawa Oldham Athletic berdepan Yeovil FC dalam perlawanan pertamanya.

Jauh disudut hati kecil Dayang selaku peminat United mengharapkan agar suatu hari nanti, pasukan Manchester United akan dibimbing oleh sekumpulan pemain-pemain lagenda seperti David Beckham, Gary Neville, Ole Gunnar Solskjaer, Peter Schemeichel dan Paul Scholes.

Tentang Penulis

Tawaran Menarik

Komen