Gergasi hilang sengat gara-gara komitmen antarabangsa

Oleh Shaiful Shamsudin 17 September 2019 488
Gergasi hilang sengat gara-gara komitmen antarabangsa
Jadual perlawanan antarabangsa sering menjadi ancaman kepada kelab-kelab utama Eropah.

Bagi kelab gergasi di benua itu, perjalanan jauh melibatkan aset berharga mereka itu ke serata dunia adalah sesuatu yang memenatkan.

Sering kali pengurus-pengurus mengeluh mengenai hal itu.

Ada pemain yang terpaksa menempuhi perjalanan hampir 20,000 batu untuk menyertai pasukan kebangsaan di Amerika Selatan, kemudian mengikuti rombongan pasukan ke Asia untuk mengadakan perlawanan persahabatan.

Brazil, seperti yang kita ketahui, antara pembekal pemain untuk merancakkan saingan berhasrat untuk mengadakan perlawanan di Eropah, gagal memenuhi hajat itu kerana kebanyakan negara benua itu terikat dengan komitmen kelayakan Euro 2020.

Kelab-kelab utama Liga Perdana Inggeris (EPL) seperti Manchester City dan Liverpool contohnya akan berkongsi peruntukan untuk menempah pesawat peribadi untuk membawa balik pemain mereka sebagai pulangan untuk memastikan kecergasan mereka agar lebih segar.

Minggu lalu, sekembalinya melaporkan diri ke kelab, ramai pemain yang masih terganggu dengan keletihan dan perbezaan zon masa.


Atletico Madrid pastinya terkesan berikutan kehilangan tiga mata apabila tumpas 0-2 kepada Real Sociedad sehingga hilang kedudukan puncak kepada Sevilla.

Juventus pula sekadar seri tanpa jaringan dengan Fiorentina, begitu juga Bayern yang senasib hanya meraih satu mata dengan RB Leipzig dan Arsenal pula terpaksa merelakan kebangkitan Watford untuk seri 2-2.



Paling mengejutkan, rekod tanpa kalah Manchester City sejak Januari lalu lebur di tangan pendatang baru, Norwich City, 2-3.

Kebetulan pula, mereka terpaksa melakukan perjalanan ke tempat lawan dan perlu membuat pertimbangan menjelang aksi Liga Juara-Juara (UCL), awal pagi esok.

Kancah liga tempatan juga tidak kurang hebatnya. Pendahulu Kumpulan C, Piala Malaysia, Pahang, juga rebah 1-3 ketika bertandang ke tempat lawan bertemu Perak.

Menurut jurulatihnya, Dollah Salleh, pemain utamanya yang mewakili skuad kebangsaan hanya dapat berkumpul di Ipoh pada Jumaat lalu untuk menghadapi aksi keesokan harinya.

Tentang Penulis

Tawaran Menarik

Komen