Dua piala sudah terlepas daripada genggaman

Oleh Shaiful Shamsudin 12 July 2019 2988
Dua piala sudah terlepas daripada genggaman
Singgahsana Liga Super 2019 sudah sah akan terus diduduki Johor Darul Ta'zim (JDT) buat musim keenam berturut-turut sementara Piala FA pula gagal dipertahankan. 

Penyingkiran dan kebangkitan luar biasa Perak dalam separuh akhir Piala FA, hujung bulan lalu, benar-benar memberikan satu tamparan hebat kepada Pahang.

Tambahan pula, Persatuan Bolasepak Negeri Pahang (PBNP) sudah berbelanja besar untuk membentuk skuad ampuh dengan nama-nama pemain import bereputasi seperti Dickson Nwakaeme dan Ze Love. 

Masakan tidak, tiga hari sebelum itu Dollah Salleh mengambil risiko dengan menurunkan barisan kedua sehingga dibelasah Selangor 2-5. 

Sejak terkandas dalam Piala FA, Pahang sudah mencatat dua kemenangan; 2-0 ke atas Kuala Lumpur, disusuli 3-2 ke atas PKNS FC.

Dengan berbaki tiga perlawanan lagi untuk Tok Gajah, maka sasaran menamatkan kempen liga musim ini di tempat kedua dianggap realistik. 

Namun, ia bukan jaminan untuk menambat hati penyokong ke Stadium Darulmakmur, Selasa lalu. 

959, itulah angka kehadiran penyokong yang sudi datang menyaksikan pertembungan dengan Semut Merah sedangkan venue pertandingan mampu memuatkan hampir 40,000 penyokong. 

Entri itu bagaimanapun sudah dipadamkan di laman media sosial persatuan itu. 



Untuk sebuah perlawanan bola sepak bertaraf Liga Super, perkara itu seharusnya difikirkan secara sedalam-dalamnya dan pihak persatuan perlu mengambil langkah proaktif untuk tidak membiarkan hal itu berlarutan. 

Maka, aksi 'derby Pantai Timur' bertemu Terengganu di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, malam ini, antara tonik terbaik untuk memenangi semula hati penyokong memandangkan baki dua aksi seterusnya, iaitu menentang Felda United (Rabu depan) dan Melaka United (Sabtu depan) akan berlangsung di tempat sendiri. 

Untuk rekod, pertemuan dalam pusingan pertama liga di Stadium Darulmakmur musim ini menyaksikan kehadiran seramai 28,000 penyokong ketika berdepan Terengganu sementara aksi membabitkan Kedah adalah 21,264 dan Selangor, 18,019.
 

Tentang Penulis

Tawaran Menarik

Komen