Dua mata berharga 

Oleh Adam Zamri 19 March 2018 8940
 Dua mata berharga 
Bukan Valentino Rossi, Marc Marquez mahupun Johann Zarco yang sebelum itu memecahkan rekod 10 tahun pusingan terpantas milik Jorge Lorenzo di Litar Losail, Qatar. Namun tumpuan rakyat Malaysia dan jika tidak keterlaluan, Asia khususnya teruja mahu menyaksikan penampilan pertama Hafizh Syahrin Abdullah dalam kelas tertinggi MotoGP.

Mana tidaknya, jika sebelum ini tumpuan hanya diberikan ketika pusingan kelayakan dan hari perlumbaan, kini setelah berjaya menjadi rakyat Malaysia pertama beraksi di MotoGP, kesemua perkembangan Hafizh Syahrin termasuklah catatan ketika sesi latihan bebas menjadi buah mulut peminat, bagi saya ia satu perkembangan yang positif apabila peminat sudah mula cakna.

Dengan sut hitam berjalur hijau merah, Hafizh memulakan saingan di petak ke-15. Terdahulu dalam kelas Moto2, pelumba negara, Khairul Idham Pawi, Zulfahmi Khairuddin sekadar menamatkan saingan di tempat ke-23 dan 28, sementara dalam kelas Moto3, Adam Norrodin, berpuas hati meraih tangga ke-11 dan mengutip lima mata.

Berbalik kepada MotoGP, Hafizh buktikan dia “rookie” yang perlu diberi perhatian untuk musim ini. Selepas cuba mencabar kelompok hadapan, namun ia terlalu sukar dan Hafizh Syahrin cuba mengekalkan kedudukannya sepanjang perlumbaan.

“Alhamdulillah, syukur perlumbaan kali ini saya mendapat mata, ini satu pengalaman bagi saya untuk perlumbaan yang akan datang”

“Dua mata ini untuk peminat yang mendoakan, jujur saya tak meletakkan apa-apa sasaran, tetapi kini saya akan cuba kaji kelemahan untuk hadapi perlumbaan seterusnya,” katanya. 

Selepas tamat pusingan pertama, saya berasa bangga apabila Hafizh Syahrin kini berada di hadapan beberapa pelumba seperti Thomas Luthi, Aleix Espagaro, malah Jorge Lorenzo. 

"Saya juga sedar ia masih awal dan kedudukan akan bertukar selepas ini apabila kesemua pelumba berentap di Argentina, 8 April depan, namun ia masih satu permulaan yang baik untuk Hafizh Syahrin memulakan perjalanannya di pentas utama Kejohanan Motosikal Dunia.

 

Tentang Penulis

Tawaran Menarik

Komen