'Dosaku' bersih di Kuala Lumpur

Oleh Akbar Sahari 19 August 2017 199
'Dosaku' bersih di Kuala Lumpur
Salam Sukan Sea ke 29 !

Pastinya ramai yang gelisah dengan tajuk artikel saya ini, rasa seperti ingin mengoyak muka penulis. Tetapi teruskan membaca...


Sejujurnya pada usia 26 tahun pada 2001, saya langsung tidak mengambil berat tentang Sukan Sea di tanah air kerana ketika itu saya bertugas dengan syarikat penerbitan Liga Malaysia yang menuntut komitmen tinggi. 

Justeru saya yang masih bujang ketika itu tidak ambil pusing perjalanan temasya kecuali menonton final bola sepak  antara skuad negara menentang Thailand

Selebihnya saya mengadap tugasan yang bertimbun demi memastikan rancangan terbitan syarikat tempat saya bertugas menepati citarasa 'boss' sebelum menemui penonton. 

Jadi saya tidak dapat memberikan gambaran sepanjang penganjuran temasya hampir 2 minggu di Kuala Lumpur.

Tahun berganti tahun saya berjodoh dengan rangkaian televisyen Astro pada 2010 yang mengubah putaran tugas saya hampir 180 darjah. Setahun bersama Astro Arena, saya sudah diberikan peluang membuat liputan temasya Sukan Sea ketika itu di Palembang, Indonesia.

Ini peluang keemasan, dapat saya menebus 'dosa' 10 tahun sebelumnya.

Tetapi terdetik di dalam hati, kalau nak tebus kesilapan bukan di negara orang ? Tetapi sebaiknya di tempat yang sama iaitu di tanahair! Saya redha dan terbang ke Palembang pada 2011 dan ke Myanmar pada 2013.

Pengalaman menimba ilmu di Sukan Sea 2011 dan 2013 jadi bekalan terbaik saya. Untuk apa ? Ye untuk menebus 'dosa' yang saya cipta pada 2001, kerana Kuala Lumpur menjadi hos temasya Sukan Sea ke 29, 2017.

Alangkah indahnya momen ini, saya dapat rasakan diri ini sudah bersih daripada segala rasa 'kotor' dan ralat dengan apa yang saya lakukan pada 2001. Malu pada diri sendiri apabila tidak mengambill berat Sukan SEA 2001.

Kini segalanya di depan mata - saya dapat rasakan semuanya sudah berakhir sebaik mula bersiaran pada 14 Ogos lalu untuk episod pertama Liputan Harian Sukan Sea 2017 di Pusat Penyiaran Antarabangsa di MiTEC.

'Dosa' ku bersih di Kuala Lumpur.
 

Tentang Penulis

Tawaran Menarik

Komen