Dari Anfield ke Kiev (Bhg 2)

Oleh Zainal Abidin Rawop 3 May 2018 5913
Dari Anfield ke Kiev (Bhg 2)
Pengendali Liverpool Jurgen Klopp berpeluang mencatat sejarah sebagai antara Pengurus Liverpool yang berjaya di final Piala Eropah.

Klopp berpeluang untuk mengukir namanya sebaris dengan empat Pengurus / Jurulatih lagenda Liverpool yang berjaya menjulang ‘Big Ol’ Ears seperti Bob Paisley (1977, 1978 and 1981), Joe Fagan (1984) dan Rafael Benitez (2005). 

Pada masa sama beliau juga sudah pasti akan mengharapkan penampilan ketiga yang lebih bertuah padanya di pentas final bersama Liverpool.Pengendali berusia 50 tahun itu masih menanti piala pertamanya bersama The Mighty Reds selepas menggantikan Brendan Rogers pada Oktober 2015. 

Sebelum ini Klopp menyaksikan Liverpool tewas di final Piala Liga 2016 kepada Manchester City menerusi sepakan penalti di Wembley dan kecundang pula kepada Sevilla di final Liga Eropah tiga bulan kemudian.

Bekas pengendali Borussia Dortmund itu turut kecewa apabila menyaksikan kelabnya tewas kepada musuh tradisi di Bundesliga, Bayern Munich di final 2012 di Wembley.

Kejayaan Liverpool melangkah ke final ini mengundang reaksi positif daripada peminat - peminat kelab England yang paling berjaya di Eropah ini di seluruh dunia.

Dua bekas pemain yang dilabel lagenda kelab ini seperti bekas kapten Steven Gerrard, menganggap Liverpool di landasan yang betul untuk kembali gagah di bawah Klopp.

Beliau yang muncul wira pada final 2005 yang turut dikenang sebagai ‘Miracle of Istanbul’ ketika menumpaskan AC Milan percaya kelabnya itu hanya memerlukan seorang dua tonggak lagi untuk kembali merampas gelarab juara di England serta Eropah.

Sementara bekas pertahanan kental Mark Lawrenson pula menyifatkan Liverpool kini sudah keluar dari bayang – bayang Philippe Coutinho kerana tanpa kehadiran penyerang Brazil yang berhijrah ke Barcelona Januari lalu itu Liverpool lebih menyerlah menerusi gandingan berbisa Mane – Salah – Firminho.

Ketiga - tiganya telah bergabung untuk menyumbang 29 gol setakat ini dan yang terbanyak di dalam sejarah Liverpool beraksi di Eropah.

Beliau yang pernah membentuk gandingan mantap bersama Alan Hansen di posisi bek tengah turut memuji pertahanan Liverpool Andy Robertson dan Trent Alexander-Arnold untuk lebih cemerlang. Cuma dia risaukan penjaga gol Loris Karius yang dianggap masih cetek pengalaman untuk beraksi di pentas terbesar eropah ini.

Pertemuan di Kiev pada 26hb Mei ini nanti bakal menyaksikan ulangan final 1981 di Paris yang dimenangi Liverpool hasil jaringan tunggal Alan Keneddy.

Ini juga merupakan final ke 3 yang menemukan kelab yang sama seperti perlawanan membabitkan Ajax dan Juventus serta Ajax berdepan AC Milan.

Tetapi yang lebih penting ianya bakal menemukan secara buku dengan ruas Mohamed Salah dengan Cristiano Ronaldo yang telah mengumpul 15 gol untuk salah seorang darinya bakal ditabalkan pemain terbaik Eropah dan Dunia kerana itulah tradisinya.

You'll Never Walk Alone!!

Tentang Penulis

Tawaran Menarik

Komen