Dari Anfield ke Kiev (Bhg 1)

Oleh Zainal Abidin Rawop 3 May 2018 6502
Dari Anfield ke Kiev (Bhg 1)
Liverpool melayakkan diri ke final Liga Juara Eropah buat kali pertama selepas 2007 selepas menyingkirkan wakil Itali AS Roma 7 – 6 secara agregat pada perlawanan yang penuh dramatik.

Perjalanan ke Kiev bermula pada 15 August 2017 berdepan Hoffenheim pada perlawanan ‘play-off’ pusingan ketiga dan bakal berakhir dengan menentang gergasi eropah yang juga juara 12 kali Real Madrid di ibu Negara Ukraine itu 26 Mei nanti.

Sekalipun tewas buat pertama kali pada sepanjang saingan Liga Juara Eropah namun ianya tidak menghalang Liverpool untuk membuat penampilan kali ke 3 dalam tempoh 13 tahun di pentas final pertandingan paling berprestij ini.

5 gol yang dihasilkan pada perlawanan pertama di Anfield ditambah dengan 2 gol di Rom memberi banyak kelebihan sebagai bekalan kepada The Mighty Reds di separuh akhir ke dua ini.

Walaupun diganggu masalah dalaman membabitkan orang kanan Jurgen Klopp, Zajlko Buvac namun Liverpool tetap mempamer taktikal disiplin tinggi untuk muncul kelab Liga Inggeris pertama ke final selepas Chelasea pada 2012.

Ketika itu The Blues yang dibimbing Roberto di Matteo's mengalahkan Bayern Munich menerusi sepakan penalti untuk muncul juara buat kali pertama.

Stadio Olimpico di Rom sememangnya menyimpan banyak memori indah kepada kelab Merseyside itu. 

Di situ Liverpool menjulang Piala Eropah buat kali pertama selepas mengalahkan Borussia Moenchoengladbach 3 – 1 pada 1977 dan tujuh tahun kemudian mereka kembali ke venue yang sama untuk menumpaskan AS Roma 4 – 2 menerusi sepakan penalti di final.

Separuh akhir ke dua ini turut menyaksikan penyerang sensasi Liverpool Mohamed Salah kembali ke kelab lamanya. 

Walaupun tidak menghasilkan sebarang jaringan namun sumbangan 2 gol dan 2 bantuan jaringan pada pusingan pertama sudah cukup memadai.

Di pusingan kedua ini pula Sadio Mane mengambil giliran muncul duri dalam daging kepada barisan pertahanan Roma apabila gol pertamanya memberi tekanan kepada tuan rumah memburu jaringan tambahan.

Siapa kata penyerang Senegal itu tenggelam dek kecemerlangan Salah? Jangan lupa, bekas pemain Southampton itu telah meledak hat-trik ketika menentang Porto serta menyumbang dua gol semasa membenam Spartak Moscow 7 - 0 untuk mengumpul 9 gol di eropah musim ini.

Georginio Wijnaldum sudah pasti muncul pemain paling bertuah kerana kecederaan yang dialami Emre Can dan Oxlade Chamberlain membuka peluang pemain tengah Belanda itu untuk beraksi di dalam kesebelasan utama dan sudah pasti di final.

Jelas beliau tidak mengecewakan apabila menjaringkan gol ke dua iaitu yang pertamanya di Eropah dan di luar Anfield untuk terus menyukarkan laluan Roma yang ketinggalan 3 – 7 secara agregat.

Liverpool menempuh 45 minit kedua yang cukup mendebarkan apabila Roma tampil lebih garang dan berhasil menjaringkan 3 gol, yang terbanyak dilepaskan Liverpool di Eropah musim ini. Bagaimanapun ianya tidak cukup untuk menyingkirkan Liverpool melangkah ke final kali ke 8 di dalam sejarah.

Apakah Jurgen Klopp akan lebih bertuah di final ke tiganya bersama Liverpool?

Ikuti nukilan seterusnya ye...

Tentang Penulis

Tawaran Menarik

Komen