City mantapkan jentera

Oleh Intan Nor Saina 1 June 2018 9921
City mantapkan jentera
Manchester City makin hampir dengan keputusan membawa masuk pemain sayap Leicester City, Riyad Mahrez, dan jentera tengah Napoli, Jorginho, di mana ura-ura mengatakan perjanjian hampir selesai menjelang minggu depan.

Mahrez yang dikatakan bernilai lebih kurang 60 juta pound sementara Jorginho yang diletakkan harga sehingga 42 juta pound.

Sekitar Januari lalu, City telah berminat bagi mengintai peluang mendapatkan Mahrez, tetapi terhenti di pertengahan jalan apabila tidak mencapai kata sepakat dalam penentuan harga perpindahan.

Mahrez yang berasal dari Algeria mula meyerlah pada tahun 2014 dengan meninggalkan Le Havre bagi bersama Leicester City dan menyumbang 48 gol dalam 179 penampilannya. 

Pada 2016, Leicester City meraih kejuaraan liga sementara Mahrez dinobatkan Pemain Terbaik musim itu.

Sementara itu, pemain kebangsaan Itali Jorginho yang berumur 26 tahun telah bersama pasukan Napoli pada 2014 dan telah membuat 36 penampilan dalam saingan Serie A musim lalu.

Antara aksi paling menyerlah ketika beliau menyumbang gol dalam pertemuan bersama Manchester City dalam Liga Juara-Juara Eropah November lalu.

Namun, kedua-dua pemain ini tidak akan beraksi aksi Piala Dunia di Rusia pada Ogos kerana pasukan mereka tidak berjaya melayakkan diri terutamanya Itali yang tidak layak ke Piala Dunia buat pertama kalinya sejak 1958.
 

Tentang Penulis

Tawaran Menarik

Komen