Chong Wei goreng Axelsen

Oleh Sharon Wee 24 May 2018 7551
Chong Wei goreng Axelsen
'Don't play play'

Skil Lee Chong Wei masih berbisa pada usia 35 tahun walaupun 11 tahun lebih berumur daripada lawan juga pemain nombor 1 dunia dari Denmark, Viktor Axelsen. 

Kapten Malaysia memberi mata permulaan menentang juara bertahan Denmark di kumpulan D Kejohanan Piala Thomas, Bangkok. 

Kedua-dua pasukan sudahpun layak ke suku akhir dengan langkah kanan ke atas Rusia dan Algeria inginkan kemenangan untuk membuktikan reputasi dan laluan lebih mudah di suku akhir jika menerajui kumpulan. 

Sambutan menakjubkan acap kali pemenang 3 pingat perak Olimpik diperkenalkan kepada para penonton di Impact Arena, juga bersedia menghadapi cabaran mental berdepan lawan yang jauh lebih muda juga juara dunia, Axelsen. 

Dari 12 pertemuan, Chong Wei kini di tangga ke 7 dunia tewas di 3 aksi terdahulu bahkan Axelsen naib juara di Kejohanan Remaja Dunia 2011 kepada Zulfadli Zulkifli yang kini dalam perbicaraan kes mengatur perlawanan, meluahkan keyakinannya untuk menewaskan Chong Wei di sidang media baru-baru ini. 

Chong Wei di kelas tersendiri di set pertama bergerak seakan-akan seorang penari balet digelanggang serta menunjukkan skil luar biasa untuk memerangkap pemain dari Odense Denmark itu. 

Penggunaan pergelangan tangan yang kemas serta kebijaksanaan strategi untuk menipu helah Axelsen mengagumkan para peminat. 

Setelah menang mudah 21-9 di set pertama, Chong Wei diberi tentangan lebih hebat di set seterusnya, namun Axelsen sendiri mengakui
permainan pantas idolanya sukar untuk dihadapinya lalu tewas 21-19. 

Walaupun kecewa digoreng Chong Wei tetapi sebagai satu pasukan, Denmark berjaya mengambil kesempatan untuk menang tipis 3-2 ke atas Malaysia yang masih mencari kejuaraan Piala Thomas selepas kali terakhir pada 1992 di Kuala Lumpur. 

Di suku akhir, skuad lelaki negara akan bertemu musuh tradisi, Indonesia manakala Denmark berdepan Korea Selatan. 
 

Tentang Penulis

Tawaran Menarik

Komen