Cherrie ceria dihargai

Oleh Sharon Wee 6 June 2018 1082
Cherrie ceria dihargai
Pemain skuasy muda terbaik dunia, S. Sivasangari, bangga memenangi anugerah tertinggi Persatuan Skuasy Profesional (PSA).

Dengan nama panggilan comel Cherrie, dia ceria diangkat sebagai Pemain Muda Terbaik Wanita. 

Penghargaan ini hasil daripada prestasi cemerlang pemain 19 tahun dari Sungai Petani itu yang mencatat kejuaraan dalam Terbuka Malaysia, Jelajah Malaysia, Piala Beijing dan dua pingat emas Sukan SEA 2017. 

Sesiapa yang mengenali pemain yang mempunyai impian menjadi pemain No.1 Malaysia menggantikan Datuk Nicol David pada satu hari nanti mempunyai perwatakan yang baik serta cukup berdisplin dan komited dalam karier sebagai pemain skuasy profesional. 

Kini di ranking ke-40 dunia, Sivansangari sendiri menyatakan dia terkejut diumumkan sebagai pemenang berprestij PSA ini kerana pencabar yang lain hebat-hebat belaka. Antaranya pemain 17 tahun Mesir, Hania El Hammamy, yang juga mencatat keputusan cemerlang dan pernah menduduki ranking ke-21. 

Sivasangari di bawah Program Podium juga dijangka pilihan utama ke Sukan Asia di Indonesia pada Ogos depan amat terharu diberi anugerah ini yang kebiasaannya dinobatkan kepada pemain elit antarabangsa seperti juara dunia lapan kali, Nicol yang pernah menjulang Anugerah Pemain Terbaik Wanita 2010 dan Anugerah Semangat Kesukanan Terbaik 2016. 

Jalur gemilang terus berkibar tinggi di mata dunia dan pasti Cherrie ceria juga teramat bangga. 






 

Tentang Penulis

Tawaran Menarik

Komen