Bukan generasi: "Saya cuba buat yang terbaik"

Oleh Fina Nasrom 11 November 2019 20298
Bukan generasi:
Pernah satu ketika dulu wartawan dan pengamal media sukan negara naik jemu dengan kenyataan "Saya akan cuba buat yang terbaik" yang sering jadi ayat 'favourite' setiap pemain bola sepak negara.

Sepanjang 12 hari pemerhatian saya di bumi Phnom Penh, pemain dari generasi muda ini miliki kelainan yang jelas sekali lari dari acuan yang ada sebelum ini.

"Saya akan cuba buat yang terbaik" kini diganti dengan jaringan ayat yang lebih meyakinkan.

"Saya sudah tidak sabar untuk beraksi."

"Great team only play with great team."

"Saya sudah tidak mahu Coach Brad terlepas pandang saya lagi."

"Kita langgar siapa pun lawan kita."

"Thailand ada Suphanat kita ada Lukmey."

Ini antara ayat yang berjaya menarik minat hati saya berdasarkan hasil menemu ramah pemain bawah 19 tahun negara.

Ada unsur angkuh tapi jelas gambarkan keyakinan luar biasa, kerana semangat dan sikap berkobar-kobar mereka untuk menonjol di atas padang.

Belum masa untuk saya tabur pujian melambung kerana ia masih di permulaan untuk Malaysia keluar dari kepompong dan tersekat di satu tahap mendatar sejak sekian lama.

Tetapi pasukan ini adalah yang mampu diletak harap untuk mengubah wajah bola sepak Malaysia di pentas Asia.

Tahniah anak muda dengan pencapaian terbaru, semoga ia berterusan dan buat Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), anda bertuah kerana sedang menuai hasil.

Perangkaan FAM adalah segala-galanya untuk membentuk kualiti pemain negara yang perlu ada sejak sekian lama.

Pelan F30 dalam perhatian.

Kredit foto: FAM

Tentang Penulis

Tawaran Menarik

Komen