Boleh ke pucuk muda ni?

Oleh Burn Thevandran 18 May 2018 9225
Boleh ke pucuk muda ni?
Tiada pengalaman jika dibandingkan dengan Brazil, Jerman atau Sepanyol, bahkan skuad England kali ini merupakan skuad ketiga termuda dalam saingan Piala Dunia Rusia 2018. Namun itulah satu keputusan berani mati yang dibuat pengurus England, Gareth Southgate.

Jika sejarah lalu diambil kira, langkah ini merupakan satu eksperimen baru berdasarkan prestasi England yang terdahulu. Jika mahu dibuat perbandingan, skuad England pada Piala Dunia 2002 lengkap serba serbi, namun tetap gagal mempamerkan prestasi terbaik mereka.

Pilihan yang dibuat adalah berdasarkan prestasi dan bukannya reputasi semata-mata. Atas sebab itu, beberapa pemain senior seperti Joe Hart dan Jack Wilshere disingkirkan untuk memberi laluan kepada pemain yang lebih layak. Tiga penjaga gol yang disenaraikan ialah Jack Butland, Jordan Pickford dan Nick Pope manakala di bahagian tengah, Southgate lebih menggemari sentuhan yang lebih segar dari pemain muda.

Antara ubi muda yang membarisi skuad England kali ini ialah Trent Alexander Arnold, Roben Loftus Cheek, Marcus Rashford dan Jesse Lingard, selain beberapa pemain yang berusia kurang dari 30 tahun.

Dengan saingan Piala Dunia akan membuka tirai kurang dari sebulan, Southgate dengan sukacitanya memberikan rehat kepada 23 pemain yang dipanggil untuk meluangkan masa bersama keluarga. Biarpun tidakannya itu menerima kritikan berbagai pihak, namun penulis percaya Southgate mempunyai pendekatan yang berbeza memandangkan skuadnya kali ini juga disertai ramai muka baru.

Tentang Penulis

Tawaran Menarik

Komen